Sony kini telah melancarkan PlayStation Classic. Kalau kepada sesiapa yang tidak tahu, ini adalah konsol pertama keluaran Sony Computer Entertainment.

Sedikit sejarah tentang PlayStation One, ia dilancarkan kira-kira 25 tahun yang lepas oleh Sony Computer Entertainment. Mereka berjaya menjual sebanyak 100 juta unit di seluruh dunia.
Siapa tak ingat, game seperti Final Fantasy VII, Tekken 3, Wild Arms dan macam-macam lagi kan?
Siap ada yang bergaduh dan berebut nak main dengan adik-beradik. Ada juga kenangan pahit seperti “game tak load”. Ini pasti ramai yang selalu kena.
Konsol bersaiz mini ini dianggarkan 45% lebih kecil berbanding dengan PlayStation yang asal tetapi mereka memberi jaminan bahawa rupa dan “feel” tetap kekal seperti 25 tahun yang lepas.
Pasti ramai yang teruja, terutamanya peminat tegar PlayStation dengan pelancaran Sony Playstation Classic.
Tetapi buat masa ini, PlayStation Classic hanya ditwarkan di Amerika Syarikat dan Kanada. Sony belum lagi memberi sebarang komen tentang pelancaran PlayStation di Asia.
Penulis pun seorang peminat tegar PlayStation, jadi harap-harap sampai ke Malaysia.
Sony Computer Entertainment telah menetapkan tarikh pelancaran pada 3 Disember dan akan dijual dengan harga 99 USD, yang bersamaan dengan lebih kurang RM400 ringgit.
Kongsikan di ruangan komen, permaianan favorite anda pada zaman kegemilangan PlayStation, 25 tahun lepas.
SUMBER : Sony