Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Setelah Kucing Eksotik Semakin Liar, Datuk Aliff Syukri Kini Cuba Membela Kambing Di Rumah

Kembali menjadi perhatian, Datuk Seri Aliff Syukri baru-baru ini mengambil keputusan untuk membela kambing di rumah agamnya miliknya. Ini berikutan kucing liar eksotiknya yang bernama Dodi itu sebelum ini dilaporkan semakin mengganas.

Aliff Syukri telah memuat naik video di laman Instagramnya yang memaparkan dia membawa pulang dua ekor kambing untuk dibela di dalam rumah mewahnya. Malah, dia juga memberi nama kambingnya itu, Siti Zubaidah.

Advertisement

“Pengganti dodi.. comel tak? Saya sedih sangat sebab dodi dah tak nak dengan saya dan semakin ganas. Sebab tu sekarang ini saya cuba jinak kan kambing pula untuk dijaga di dalam rumah saya… korang rasa bileh dijinakkan tak?”

Dia dipercayai membela kambing tersebut untuk ‘content’ saluran Youtube miliknya.

Dalam pada masa yang sama, turut menarik perhatian netizen dalam video tersebut adalah reaksi daripada isterinya, Datin Seri Nur Shahida yang nampaknya berang dan marah apabila kambing-kambing itu berkeliaran dalam rumah mereka.

Berikutan itu, Aliff Syukri tampil membuat video respon daripada reaksi isterinya itu. Dia turut tertanya-tanya mengapa Datin Shahida tidak memahami hobi barunya itu. Malah, dia sempat juga bertanyakan kepada netizen apa yang patut dilakukan agar isteri kesayangannya itu berubah hati dan menyokong hobinya itu.

 Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen telah memberi reaksi pelbagai dan menyokong Datin Shahida kerana bimbang najis binatang itu yang mungkin ada dalam rumah kediaman pasangan itu.

Mungkin Datuk Aliff Syukri boleh buat kandang kambing di rumah selain membela binatang comel itu di dalam rumah kan?

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

5 Comments

  1. 38.7

    June 19, 2020 at 7:14 pm

    Hukum menamakan haiwan samada haiwan peliharaaan atau yang lepas liar dengan nama manusia adalah tidak diharuskan kerana Allah memerintahkan dengan memuliakan keturunan manusia. #aliffsyukriterlajaklaris sila paham kalo bole tukar nama tu lagi elok.

  2. Anonymous

    June 19, 2020 at 1:14 pm

    Dato….sungguh x sesuai. Habislah istana Dato nanti x de serinya.Nk bela boleh tp biarlah ditempat yg sesuai. Kambing tu kn busuk, najis dia lagi. Dato ada ank kecil, so dikhuatiri nanti terdapat alahan.

  3. Anonymous

    June 19, 2020 at 11:41 am

    Beli Harimau dato. Tengok sapa lagi garang. Datin atau rimau

  4. Anonymous

    June 19, 2020 at 10:36 am

    datuk, buat zoo saja lah kat rumah

  5. Abg Black

    June 19, 2020 at 10:22 am

    taktik marketing bodoh lagi.
    nanti melayu yg sembah dia puji2.
    percayalah ckp aku ni.
    melayu bodoh tetap sembah dato bodoh ni

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top