Kembali menjadi perhatian, Datuk Seri Aliff Syukri baru-baru ini mengambil keputusan untuk membela kambing di rumah agamnya miliknya. Ini berikutan kucing liar eksotiknya yang bernama Dodi itu sebelum ini dilaporkan semakin mengganas.
Aliff Syukri telah memuat naik video di laman Instagramnya yang memaparkan dia membawa pulang dua ekor kambing untuk dibela di dalam rumah mewahnya. Malah, dia juga memberi nama kambingnya itu, Siti Zubaidah.
“Pengganti dodi.. comel tak? Saya sedih sangat sebab dodi dah tak nak dengan saya dan semakin ganas. Sebab tu sekarang ini saya cuba jinak kan kambing pula untuk dijaga di dalam rumah saya… korang rasa bileh dijinakkan tak?”
Dia dipercayai membela kambing tersebut untuk ‘content’ saluran Youtube miliknya.
Dalam pada masa yang sama, turut menarik perhatian netizen dalam video tersebut adalah reaksi daripada isterinya, Datin Seri Nur Shahida yang nampaknya berang dan marah apabila kambing-kambing itu berkeliaran dalam rumah mereka.
Berikutan itu, Aliff Syukri tampil membuat video respon daripada reaksi isterinya itu. Dia turut tertanya-tanya mengapa Datin Shahida tidak memahami hobi barunya itu. Malah, dia sempat juga bertanyakan kepada netizen apa yang patut dilakukan agar isteri kesayangannya itu berubah hati dan menyokong hobinya itu.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen telah memberi reaksi pelbagai dan menyokong Datin Shahida kerana bimbang najis binatang itu yang mungkin ada dalam rumah kediaman pasangan itu.
Mungkin Datuk Aliff Syukri boleh buat kandang kambing di rumah selain membela binatang comel itu di dalam rumah kan?