July 2nd, 2020

Setelah hampir dua tahun sepi di medan seni, nampaknya Fathia Latiff kini kembali ke set penggambaran.

Sudah pasti, ramai yang merindukan kemunculan semula aktress ini yang popular suatu ketika dulu dengan telemovie Ariana Rose. 

Dia yang kelihatan ceria bersama barisan pelakon lain yang turut membintangi naskah terbaru terbitan Zeel Production bertajuk Dayang Senandung. Malah, dia kini turut kerap memuat naik status perkembangan terkini beliau dalam telemovie berkenaan.

View this post on Instagram

character sejenis ocik-ocik ????????? @zeelproduction

A post shared by Nur Fathia (@fatiyalatiff) on

View this post on Instagram

me, getting an award for Best Actress has been one of my biggest achievements in Malaysian filming industry.

A post shared by Nur Fathia (@fatiyalatiff) on

Fathia Latiff yang pernah memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian untuk tahun 2015 yang lalu itu juga turut menerima banyak sokongan dan kata-kata semangat daripada peminat yang menantikan kemunculan semula Fathia dalam industri seni.


3 responses to “Setelah Dua Tahun Menyepi, Fathia Latiff Buat ‘Comeback’ Kembali Ke Set Penggambaran”

  1. Anonymous says:

    Sayangnya kalau muka lawa and talented tapi wasted. kau berubahla fatia, ramai je fans ko sayang ko. kalau aku la lawa berbakat camni dah lama aku kaya. hahaha

  2. Anonymousjugak says:

    Harap Fathia benar2 ubah sikap, perangai, ubah kawan2…sayang rupa ada, bakat ada…payah nak cari package camni…masa muda jgn siasiakan…get wasted bukan budaya kita…thanks to Zeel production kasi u peluang…time to reboot semua buang yg malfunction semua…gd luck!

  3. CiK piNgu says:

    aku xde masalah dia nak pakia tudung ke, nk kembali sexy ke.. yg aku pentingkan jgn la dia lalok pahtu asik prob ngn orang sana sini n buat perangai mcm2.. aku suka je dia free hair mcm cte ariana rose dlu., aku pun suka je dia bertudung mcm skg.

    syg sgt, nama tgh melonjak naik, dia buat hal. kalau jaga nama elok2 rasanya dia mmg sebaris ngn janna yg asik kua tv je muka x putus2. Bukan senang artis skg nak muka asik keluar tv, maklumlah ramai yg tak berbakat. kalau dia pandai jaga diri entah2 sebaris ngn MF sape tau kan.

    Kpd Fatiya, teruskan melangkah. Bakat dan kecantikan yg ada gunakan sepenuhnya, usia pun makin tua, bukan selamanya jadi pilihan pihak production sbg watak penting.

    Better late than never. Semoga sukses.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...