Setelah Berkahwin Dan Lahirkan Anak, Wanita Belum Pulangkan Komputer Riba Bekas Kekasih

Trending

Setelah Berkahwin Dan  Lahirkan Anak, Wanita Belum Pulangkan Komputer Riba Bekas Kekasih


Melalui Twitter, seorang lelaki, Qasswa Ariff mendedahkan bahawa bekas teman wanitanya masih enggan memulangkan komputer ribanya walaupun telah berkahwin dan melahirkan anak.

Sebaliknya pelbagai alasan tidak masuk akal yang dianggap melucukan telah diberikan oleh wanita itu untuk mengelak dari memulangkan komputer riba tersebut.

Advertisement

“My ex from hell.” Awal tahun 2016 aku ada bercinta/couple dgn sorang awek Shah Alam. 4 bulan couple aku bagi dia pinjam laptop, duit dan bagi handbag C&K(2x).

And one day, masa on the way balik dari date/shopping dia cakap “you sorry, i lagi seminggu nak nikah dengan orang lain”. Damn girl.

image

image
image
image

Masa tu dia siap tanya aku “you lepas I beritahu ni, you mintak balik tak handbag dengan kasut yang you belikan tadi?”

Aku punyalah terkejut dengan pengakuan dia, sampai tak tahu nak rasa macam mana. Sebelum hari kawin, dan lepas kawin, dia still text aku macam takde apa yang berlaku.

Nak jadikan cerita, aku tak tahu nak rasa marah ke sedih atau rasa apa apa. Aku layan je dia, dalam masa yang sama aku masih perlukan laptop aku yang aku bagi dia pinjam dulu.

Tapi tahun 2016-2018, sampai sekarang ini dia masih tak pulang balik laptop aku. Banyak gila alasan.

image

image

image

Yang kata aku bodoh. Ex aku tu dah ada suami, ada anak pun. Aku ada Facebook suami dia, aku tahu dia kerja dekat mana, stay mana.

Tapi aku masih fikir untuk tak nak rosakkan rumah tangga orang. Rasa tak sampai hati aku lebih banyak daripada rasa geram aku.

And well, dia ambil la kesempatan.

Tulisan Qasswa bagaimanapun telah menjadi viral dan sampai ke pengetahuan wanita tersebut.

Anyway guys, aku takdelah kejam mana. Sebab itu aku private insta aku daripada org try siasat siapa dia. Tapi twitter punya viral. Sampai jugak dekat dia.(Malaysia tak besar mana).

Dan dan WhatsApp, dia kata dia dah pack esok nak post. Okay untuk ke sejuta kali. Kita saksikan?????

 

Qasswa bagaimanapun menafikan tuduhan tersebut, mendakwa dia hanya membalas dengan perlian.

Ramai memberikan pendapat mengenai perkara tersebut di Twitter. Seorang pemuda berpendapat Qasswa sepatutnya melupakan hasrat mendapatkan komputer riba itu semula kerana ia mungkin sudah tiada dan meminta Qasswa berhenti berhubung dengan wanita itu.

Beliau juga berpendapat, wanita itu memulakan perbualan yang berbahaya apabila bosan dengan suaminya dan ini mungkin bakal menimbulkan masalah buat Qasswa.


Apa pun semoga Qasswa dapat mencari satu jalan penyelesaian yang terbaik, dengan meminta ganti rugi misalnya sekiranya komputer riba itu sudah tiada dalam simpanan bekas teman wanitanya. Apa pendapat anda? – amazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...