Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Setelah 10 Tahun Botak, Michael Ang Ambil Keputusan Untuk Tanam Rambut

Setelah hampir 10 tahun berpenampilan botak di kepala, pengarah dan penerbit Michael Ang dilaporkan telah mengambil keputusan untuk menanam rambut.

Menurut Michael, proses menanam rambut itu telah pun selesai dan berjalan dengan lancar. Dia juga tidak mengalami sebarang ketidakselesaan selepas prosedur itu dijalankan.

Advertisement

Dia yang ditemui media menjelaskan bahawa proses tersebut telah mengambil masa selama 10 jam dan tidak menyakitkan sama sekali. Michael Ang juga difahamkan telah meminta pandangan daripada seorang ustaz untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai hukum menanam rambut.

View this post on Instagram

A post shared by Michael Ang (@michaelang38)

“Sebenarnya saya dah lama nak tanam rambut selepas rambut di bahagian atas kepala saya semakin berkurangan. Sebelum bahagian botak itu lebih luas, saya pun mengambil keputusan untuk menanam rambut. Ianya mengambil masa 10 jam dan saya buat selepas diberi jaminan ia tidak menyakitkan. Ternyata ianya tidak menyakitkan dan tiada rasa tidak selesa. Malah rupa saya pun tak berubah seperti selebriti lain yang pernah melakukan rawatan ini,”

Tambah Michael Ang lagi, dia hanya melakukan prosedur tanam rambut ini setelah diberitahu bahawa ianya tidak haram kerana dia hanya menanam rambutnya sendiri yang dicabut dari bahagian belakang kepala.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by Michael Ang (@michaelang38)

Dia yang menafikan melakukan prosedur itu untuk tampak lebih sempurna, Michael hanya ingin mendapatakan rambut yang sihat,sekata dan juga normal seperti individu lain.

Perkembangan terkini, Michael bakal memulakan penggambaran drama terbaru berjudul Love Elsa pada 9 Disember ini untuk slot Mega Drama di saluran Astro Ria.

Sumber: Astro Gempak

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top