Penyampai radio, Deen akhirnya mengucapkan selamat tinggal kepada stesen Hot FM setelah 10 tahun menabur bakti, hari ini.
Deen atau nama sebenarnya Nordin Madian khabarnya telah diberi notis tujuh hari mulai 16 Julai lalu dan hari ini merupakan hari terakhir dia ke udara menerusi Hot FM yang kini di bawah pengurusan RIPPLE, Media Prima Berhad itu.
View this post on Instagram
Dia dalam pada itu menzahirkan perasaan syukur kerana diberi peluang untuk bersama stesen radio terkenal itu dan menyambut notis perletakan jawatan itu dengan rasa profesional.
“Saya menjadi penyampai radio sejak 15 Oktober 2010 sebagai kakitangan kontrak dan pada 1 November 2017 sebagai ‘service provider’. Saya amat bersyukur dikurniakan rezeki selama 10 tahun bersama Hot FM dan kini sudah tiba masanya Hot FM membuat pertukaran barisan penyampai yang sememangnya rutin normal bagi sesebuah radio swasta..”
Deen juga mengucapkan terima kasih kepada stesen radio dan pihak pengurusan serta rakan-rakan seperjuangan sepanjang berada dalam perkhidmatan.
View this post on Instagram
Manakala bagi perkembangan seterusnya, Deen berkata dia merancang untuk menyambung pelajaran dalam bidang Ijazah Pengurusan Komunikasi di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang tertangguh sejak tahun lalu.
Selamat maju jaya diucapkan buat Deen!
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.