Setanding Duduk Di KL, Ejen Takaful Dakwa Pendapatan Perlu RM20K Jika Tinggal Di Pulau Pinang?

Kehidupan

Setanding Duduk Di KL, Ejen Takaful Dakwa Pendapatan Perlu RM20K Jika Tinggal Di Pulau Pinang?

Seperti diketahui ramai, kos sara hidup di Kuala Lumpur boleh dikatakan selalu menjadi perbincangan para netizen susulan peningkatan yang terlalu mendadak dan berbeza dengan kos sara hidup di luar bandar.

Kos sara hidup di Pulau Pinang jauh lebih mahal?

Bagaimanapun, seorang wanita di TikTok ini mempunyai pandangan berbeza apabila dia memberitahu penduduk di Pulau Pinang perlu memiliki pendapatan lebih RM20,000 jika hendak hidup selesa dan menetap disana.

Advertisement

Wanita tersebut menyeneraikan beberapa hal kenapa perlu memiliki pendapatan sebanyak itu seperti rumah, dua buah kereta, utiliti, petrol, yuran sekolah anak, kelas tambahan, balik kampung, beri wang kepada ibu bapa dan juga hiburan di hujung minggu.

Tak boleh makan gaji saja, jadi ejen takaful

Ketika dipersoal bagaimana mahu mendapat pendapat sebanyak itu, wanita terbabit berkata tidak boleh hanya makan gaji tetapi perlu juga menjadi ejen takaful supaya raih pendapatan tanpa batasan.

Sememangnya perkongsiaan tersebut telah meraih perhatian netizen dan rata-ratanya meluahkan rasa terkejut kerana pendapatan ‘selesa’ yang dikatakan oleh wanita terbabit cecah puluhan ribu ringgit.

komen

komen

Malah, ada juga yang berkata tidak perlu mempunyai pendapatan ribuan ringgit untuk hidup selesa di Pulau Pinang tetapi ada juga yang bersetuju dengan wanita itu kerana jika ingin hidup selesa, maka RM20,000 adalah jumlah yang tepat.

burger
11 months ago

(VIDEO) "Melingkup La Kedai Kau" - Tular Mat Saleh Kena 'Ketuk' Harga Burger Biasa RM10 Dengan Peniaga Bukit Bintang

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...