Setakat Sembang Lebat Je Tak Guna, Dah Daftar Mengundi Ke Belum?

Hiburan

Setakat Sembang Lebat Je Tak Guna, Dah Daftar Mengundi Ke Belum?

Membaca Minggu Malaysia baru-baru ini membuatkan Abang Nara agak kecewa. Rupa-rupanya di Malaysia, 3.7 juta rakyat negara ini masih tidak mendaftar sebagai pengundi. Ini angka yang sangat besar dan menunjukkan betapa rakyat Malaysia ambil endah tak endah tentang perkara ini. Sedih kan?

spr

Advertisement

Mengundi adalah satu kewajiban sekiranya anda seorang rakyat Malaysia berumur 21 tahun ke atas. Tak kiralah anda nak undi parti apa-apa pun, ianya adalah hak anda sebagai seorang rakyat. Bagi Abang Nara, seorang rakyat yang prihatin, sayangkan negara dan benar-benar bertanggungjawab wajib mengundi sekiranya sudah cukup syarat. Alhamdulillah Abang Nara sudah pun mendaftar dan kini sedang bersiap sedia menunggu tarikh Pilihan Raya Umum untuk menjalankan kewajiban ini.

spr

Eh Abang Nara, saya dulu pun dah daftar gak tapi macam mana nak tahu pendaftaran dah berjaya ke belum. Mana nak check macam Abang Nara buat kat atas tue

Ha. Semangat ingin tahu yang macam nie lah yang Abang Nara mahukan. Sebenarnya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ada website di www.spr.gov.my untuk kemudahan anda semua. Anda boleh check status pendaftaran, boleh buat aduan atau pertanyaan, boleh download borang permohonan pendaftaran dan macam-macam lagilah.

spr

Dalam banyak-banyak fungsi menarik di www.spr.gov.my ini, Abang Nara paling tertarik dengan ruangan “Hebahan”. Banyak info-info yang simple dan tak pernah terfikir oleh kepala otak Abang Nara ini tertulis di situ. Contohnya macam penentuan lokasi mengundi.

spr

So tunggu apa lagi? Takkan anda sekadar nak sembang lebat di kedai kopi bercerita tentang politik tapi bila time mengundi anda tidur di rumah sebab tak berdaftar lagi. Itu sangat-sangat memalukan diri sendiri. Gunakan hak anda untuk mengundi dan menentukan masa depan anak-anak anda. Lawati www.spr.gov.my hari ini juga.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...