Dua penyanyi hebat Malaysia yang sering muncul di layar kaca televisyen rakyat Malaysia dikatakan tidak berkawan lagi-lagi kerana kedua-duanya bertanding di anugerah yang sama.
Aina Abdul dan Ernie Zakri sering dibandingkan oleh netizen kerana mempunyai dua golongan peminat yang berbeza. Bila terlihat bersama, mula lah netizen mempersoalkan tentang keakraban mereka.
Satu komen takkan bagi apa-apa kesan pada kami. Saya dan Ernie masih rakan baik. Tiada istilah bersaing sesama sendiri pun.
View this post on Instagram
Bila ditanya, Aina mengatakan perkara yang dibahas oleh warganet tidak menjejeskan hubunganya bersama sahabat rapatnya. Malah, mereka itu bukan peminat yang sebenar jika beranggapan begitu.
Tambah penyanyi lagu Sumpah itu, dirinya berharap warganet akan berhenti melaga-lagakannya bersama Ernie sekaligus menyakiti keluarganya.
Saya memang tiada masalah dengan sesiapa. Saya nak persaingan dalam industri menyanyi yang sihat dan seronok.
Menurutnya, setiap kali dua sekawan ini berjumpa, tidak pernah mereka bahas tentang pekerjaan. Selalunya makan bersama, ‘girls talk‘ dan berbual biasa sahaja.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.