“Setakat Pelakon Extra Janganlah Guna Tittle..” – Erma Fatima Tak Setuju Media Tempatan Guna Label ‘Pelakon’

Hiburan

“Setakat Pelakon Extra Janganlah Guna Tittle..” – Erma Fatima Tak Setuju Media Tempatan Guna Label ‘Pelakon’

Baru-baru ini, pelakon dan penerbit popular, Erma Fatima meluahkan rasa kecewa apabila media tempatan menggulakan label ‘pelakon’ di artikel berita jenayah yang diterbitkan pada orang ramai.

Tidak setuju

Menurut Erma atau nama sebenarnya Fatimah Rahmad Ali memuat naik sebuah potongan akhbar yang bertajuk ‘Enam pelakon wanita bersama Hot Daddy dituduh hari ini’ berkata bahawa tidak sepatutnya media menggunakan label pelakon itu.

Advertisement

Dirinya tidak setuju dengan perkataan berikut digunakan pada berita yang tidak positif kerana dapat memberi impak kepada anak seni yang lain.

Kalau setakat berlakon jadi extra harap janganlah hendaknya guna tittle pelakon tu ya. Kesian industri kami.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ermafatima (@ermafatima)

Pelakon ikut setuju

Pada masa yang sama, anak-anak seni yang dikenali dalam bidang lakonan ini turut menyokong kenyataan Erma itu. Bagi sesetengah, pesalah-pesalah yang dikatakan pelakon itu tidak layak menerima gelaran tersebut kerana memburukkan imej industri mereka.

igSumber : Instagram  

Untuk info, seorang lelaki yang dikenali sebagai ‘Hot Daddy’ dan dua teman wanita mengaku tidak bersalah atas pertuduhan membuat pengiklanan khidmat persundalan menerusi aplikasi X.

Kesemua tertuduh dituduh mengikut Seksyen 372 (1)(e) Kanun Keseksaan dan dibaca bersama bawah Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman penjara 15 tahun dan sebatan serta denda, jika sabit kesalahan.

Hot daddy
3 months ago

'Hot Daddy' & Dua Teman Wanita Mengaku Tak Bersalah Buat Servis Pers*ndalan Di Media Sosial

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...