Sedia maklum, kemelut yang berlaku dalam keluarga penyanyi, Shila Amzah dan keluarganya pernah menjadi perhatian ramai susulan berlaku balas-membalas status di platform media sosial.
Tidak terkecuali, ibu Shila Amzah iaitu Fauziah Sarman turut terlibat dalam kemelut tersebut dan disebabkan itu hubungannya bersama Shila Amzah menjadi renggang.
Tidak bersedia nak jumpa
Terbaru, melalui temubual Shila bersama pihak hlive, dia memberitahu bahawa dirinya belum bersedia untuk menghubungi atau berinteraksi dengan Fauziah biarpun Hari Raya Aidilfitri bakal menjelang tidak lama lagi.
View this post on Instagram
Kata penyanyi tersebut, dia tidak mahu berasa tertekan, lagi-lagi kini sedang sarat hamil anak kedua dan bimbang dengan kondisi tumbuh badan mengandung di usia 30-an.
Mohon doa orang ramai
Tetapi dalam pada masa yang sama, Shila turut memohon orang ramai untuk mendoakan agar keadaan dapat diperbetulkan selepas kelahiran anak keduanya bersama Ubai itu.
Sekadar info, kemelut keluarga Shila Amzah mula berlaku selepas penyanyi tersebut mahu menjual banglo mewah di Hulu Langat yang diduduki oleh keluarganya dan ketika itu, adik-adik serta ibu tidak henti meluahkan rasa kesal di platform media sosial terhadapnya.