Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof memaklumkan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) berhutang kira-kira RM61 juta dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Menurut Sinar Harian, jumlah tersebut adalah bil elektrik yang belum dijelaskan setakat 30 Jun tahun ini dan Fadillah turut mendedahkan sebanyak 92,174 akaun utiliti itu di negeri berkenaan mempunyai bil tertunggak dengan jumlah keseluruhan hutang mencecah RM229 juta.
Tunggakan tertinggi daripada pengguna domestik
Ujarnya, daripada jumlah tersebut, tunggakan tertinggi merupakan pengguna domestik sebanyak 411,780 akaun dengan jumlah tunggakan RM114 juta diikuti dengan pengguna bukan domestik (komersial dan industri) sebanyak 80,196 akaun dengan jumlah tunggakan RM53 juta.
Manakala baki tunggakan adalah daripada AKSB sebanyak 198 akaun dengan jumlah tunggakan sebanyak RM61 juta.
Kadar tunggakan menurun
Maklumat itu diberikan Fadillah bagi menjawab pertanyaan Zahari Kechik (PN-Jeli) yang memintanya menyatakan jumlah akaun pengguna di Kelantan yang masih mempunyai tunggakan bil dengan TNB sejak tahun lalu hingga kini.
Zahari Kechik (PN-Jeli) yang memintanya menyatakan jumlah akaun pengguna di Kelantan yang masih mempunyai tunggakan bil dengan TNB sejak tahun lalu hingga kini.
Dalam pada itu, Fadillah turut berkata jumlah tunggakan secara keseluruhan menurun (sebanyak RM4.33 juta) berbanding 31 Disember tahun lalu.