“Setahun Sudah Berlalu… Kisah 17 Tahun Kami Berakhir” — Isteri Arash Mohamad Dedah Sudah Setahun Bercerai

Hiburan

“Setahun Sudah Berlalu… Kisah 17 Tahun Kami Berakhir” — Isteri Arash Mohamad Dedah Sudah Setahun Bercerai

Isteri kepada pelakon Arash Mohamad, iaitu Noor Afidahwati Mohammad, mengejutkan ramai apabila mendedahkan bahawa rumah tangganya bersama aktor itu sebenarnya sudah berakhir sejak setahun lalu.

Perkara itu dikongsikan sendiri oleh Afidahwati, 43, menerusi satu hantaran di Instagram miliknya yang memaparkan kompilasi gambar kenangan bersama Arash, namun wajah pelakon filem Tembus itu dihitamkan daripada paparan.

Advertisement

Dalam kapsyen yang ditulis, Afidahwati menjelaskan bahawa tujuan perkongsian tersebut dibuat hanyalah untuk mengelakkan sebarang fitnah dan salah faham daripada terus timbul dalam kalangan netizen.

Bismillahirrahmanirrahim. Tujuan posting ini hanyalah untuk mengelakkan fitnah dan salah faham. Setahun sudah berlalu… kisah 17 tahun kami berakhir dengan lafaz yang sah.”

Kini kami bukan lagi suami isteri, hanya dua hati yang pernah bertemu, lalu memilih jalan masing-masing. Semoga tenang ini kekal, dan doa yang baik terus mengiringi setiap langkah.

Perkongsian itu sekali gus mengakhiri tanda tanya ramai pihak mengenai status hubungan mereka selepas lama tidak lagi muncul bersama di khalayak.

arash mohamad

Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga kira-kira 17 tahun lalu, namun tidak dikurniakan cahaya mata sepanjang perkahwinan mereka.

Kenyataan tersebut menerima pelbagai reaksi daripada warganet dan rakan selebriti yang menghormati cara Afidahwati menutup kisah peribadinya dengan penuh tenang dan berhemah.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2025-10-22 16:01:43

"Tanpa Pengetahuan Aku, Allahuakbar.." — Uqasha Senrose Dedah 'Sesuatu' Di Sebalik Pernikahannya Dengan Kamal Adli?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...