Sebuah video menjadi perdebatan netizen apabila Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah ada membuat kenyataan mengenai permintaan rakyat memperbesarkan jalan di negeri itu.
Dalam video itu, Mohd Amar ada mengulas mengenai kesesakan lalu lintas di negeri Pantai Timur apabila tibanya musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.
Orang suruh besarkan jalan.Lebai kata besarkan jalan buat apa,guna setahun sekali je kikiki pic.twitter.com/UM70IG1jvr
— Abdul Rani Kulup Fans (@KulupFans) July 12, 2022
Katanya, tiada guna kerajaan memperbesarkan jalan kerana perkara itu (rakyat balik beraya dan menyebabkan kesesakan lalu lintas) hanyalah dihadapi setahun sekali sahaja.
…kalau kita besarkan jalan pun, kita guna setahun sekali je..bagi saya kita kena hadapi lah..
Berikutan kenyataan dikeluarkan Mohd Amar itu, ramai netizen meluahkan rasa kesal dengan respon daripada seorang yang bergelar pemimpin itu.
Kata netizen, susah untuk negeri itu untuk maju ke hadapan jika tanggungjawab mudah seperti memperbesarkan jalan untuk kesenangan rakyat sendiri hanya dipandang enteng oleh pemerintah mereka sendiri.
Luah warga maya lagi, pemimpin haruslah mendengar suara dan aduan rakyat demi menambah baik apa yang kurang di negeri diduduki, dan bukannya bersikap sambil lewa dan acuh tak acuh dengan masalah tersebut.