Sejak beberapa minggu lalu, isu mengenai pihak sekolah membuat majlis graduasi di hotel menjadi topik bualan hangat di platform media sosial.
Fizz Fairuz bersuara, tak patut berkira
Bukan saja netizen, malah selebriti Datuk Fizz Fairuz turut meluahkan pandangannya mengenai hal ini dan merasakan ibu bapa tidak sepatutnya berkira untuk keluarkan duit demi graduasi anak-anak jika dibuat di hotel.
Kata Fizz, majlis besar-besaran seperti itu turut dianjurkan oleh pihak sekolah hanya sekali dalam setahun dan ia sama sekali tidak sepatutnya menjadi beban buat ibu bapa.
Dapat dilihat penyampai radio Suria FM itu berkongsikan pandangannya mengenai isu ini di laman Instagram Story.
Buat siasatan sebelum komen
Kata pelakon itu lagi, pihak sekolah melakukan keraian di hotel selepas mendapat persetujuan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan disebabkan itu, dia meminta agar orang yang mengkritik siasat dahulu sebelum memberi sebarang komen negatif.
Semua benda tak betullah zaman sekarang ini. Untuk anak-anak bagi sajalah. Takkan untuk anak-anak nak berkira.
Sebelum ini, pelakon wanita bernama Andrea Abdullah meluahkan rasa berang apabila pihak sekolah menjadikan trend penganjuran hari graduasi pelajar di hotel mewah hingga mengenakan bayaran antara RM150 hingga RM200 setiap pelajar.