Pelakon Aya Amiruddin, 28, mengakui kini sudah mampu menyesuaikan diri dengan kehidupan solo selepas lebih setahun berpisah dengan tunang. Katanya, fasa baharu ini penuh cabaran namun dia bersyukur kerana semakin selesa hidup berdikari.
Katanya pada mStar,
Selepas putus tunang tahun lalu, saya hidup sendiri dan syukur semuanya baik. Dulu biasa buat sesuatu dengan pasangan, tapi sekarang semua kena buat sendiri. Ambil masa juga, tapi saya dah boleh terima keadaan ini.
Mengulas soal status hubungan terkini, Aya memilih untuk tidak mendedahkan lebih lanjut. Bagaimanapun, dia mengakui ada yang cuba mendekatinya melalui media sosial.
“No komen… tapi memang ada yang cuba berkenalan, biasalah kan. Saya pun okay saja,” ujarnya sambil menambah bahawa buat masa ini dia lebih selesa menikmati kehidupan solo dan terbuka untuk berkawan tanpa tekanan mencari cinta baharu.