Gambar seekor kucing menjadi viral apabila kisahnya dikongsi di media sosial.
Menerusi kisah yang dikongsi, difahamkan haiwan itu ditinggalkan oleh pemiliknya di tempat yang sama sejak setahun lalu namun sehingga kini ia masih tetap menunggu dikawasan itu.
Gambar kucing tersebut yang duduk diatas penutup lubang pembentungan di Belgorod pertama kali dirakam pada 2015.
Difahamkan, kucing tersebut datang ke tempat yang sama setiap hari sejak ia ditinggalkan, seolah-olah menunggu tuahnya.
Kisah kucing tersebut dimuat naik ke VKontakte; laman sosial Rusia; oleh pengguna bernama Ostap Zadunayskiy.
Menurut Zadunayskiy, dia mendapat tahu pemilik kucing tersebut pernah tinggal di kawasan berhampiran sebelum berpindah selepas mejual apartmentnya.
Menurut penduduk tempatan pula, mereka melihat kucing itu berlari mengejar tuannya saat ia ditinggalkan.
Sejak dari itu, ia menunggu di tempat yang sama.
“Inilah contoh kekejaman manusia dan kesetiaan haiwan sebenar,” kata Zadunayskiy.
Selain itu, Zadunayskiy juga turut memuji tindakan penduduk tempatan untuk memberi kucing itu makan setiap hari.
Namun, ada juga yang curiga dengan berkata kucing itu datang setiap hari ke tempat yang sama hanya untuk makan.