“Sesungguhnya Bukan Semua Yang Bernama Tiri Itu Jahat” – Shila Amzah Ucap Terima Kasih Pada Ubai

Hiburan

“Sesungguhnya Bukan Semua Yang Bernama Tiri Itu Jahat” – Shila Amzah Ucap Terima Kasih Pada Ubai

Penyanyi Shila Amzah menzahirkan terima kasih terhadap suami, Ubaidillah atau lebih dikenali sebagai Ubai MZ di atas kebaikannya selama ini.

Menerusi Instagram story, Shila bukan sahaja berterima kasih kepada Ubai kerana menjadi suami yang baik tetapi juga kerana sentiasa ada untuk memperbetul apabila penyanyi itu salah.

Advertisement

Shila Amzah dan keluarga

Shila juga turut mengucapkan terima kasih kepada Ubai kerana menjaga dan menyayangi anaknya daripada perkahwinan sebelum ini, Seth Uwais, seperti anaknya sendiri.

Terima kasih kerana layan Seth seperti anak awak sendiri tanpa perlu kejam kepada anak tiri. Sesungguhnya bukan semua yang bernama tiri itu jahat.

Penyanyi berusia 35 tahun itu turut berterima kasih kepada suaminya kerana mereka saling menghormati antara satu sama lain.

Shila Amzah berterima kasih Ubai

Untuk rekod, Shila Amzah dah Ubai, Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, 26, mendirikan rumah tangga pada 5 Ogos 2023 dan hasil perkahwinan pasangan itu dikurniakan seorang anak perempuan, Rhea Akira.

Penyanyi itu juga memiliki seorang anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu, Seth Uwais kini berusia 5 tahun.

Shila Amzah Diserang Penyanyi Lagenda, Ubai Sedia Bersemuka - "Kita Perlu Ada Rasa Hormat & Adab Sesama Manusia.."
2025-07-16 11:30:13

Shila Amzah Diserang Penyanyi Lagenda, Ubai Sedia Bersemuka - "Kita Perlu Ada Rasa Hormat & Adab Sesama Manusia.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...