Seperti yang ramai tahu, lagu Satu Malam Di Temasek nyanyian Sonaone dan Joe Flizzow telah berjaya memenangi naib juara Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37), malam tadi.
Lagu yang dicipta sepenuhnya oleh kedua penyanyi itu melayakkan mereka membawa pulang wang tunai berjumlah RM50,000 berserta trofi.
Menerusi laporan Berita Harian, Joe menyifatkan lagu tersebut adalah karya yang sarat dengan lirik penuh kiasan dan sindiran, ciptaannya.
Jika saya gambarkan karya ini dalam bentuk perumpamaan Melayu, perumpamaan yang sesuai adalah hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati.
Jelasnya lagi, Single Satu Malam Di Temasek mengingatkan diri bahawa dunia hanya sementara dan segala yang dikejar di dalam dunia bersifat material dan tidak mampu dibawa ke mana-manapun.
@ketatsekali I takut actually waktu ni. #satumalamditemasek #ajl37
? Satu Malam Di Temasek – SonaOne Chorus Version – Joe Flizzow
Bagaimanapun, apa yang menjadi perhatian orang ramai ialah persembahan mereka di pentas AJL37 yang dikatakan seperti melakukan ‘ritual’.
Hal ini kerana, kesemua penari dilihat berjalan mengelilingi penyanyi berusia 42 tahun itu secara bulatan.
Susulan itu, persembahan tersebut telah menimbulkan rasa kurang senang netizen yang menganggap seperti ada ‘sesuatu’ yang tidak kena.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.