“Sesuatu Penghijrahan Tidak Boleh Dibuat-Buat..” – TV AlHijrah Kekalkan Reputasi Saluran Islamik Nombor Satu Malaysia

Kehidupan

“Sesuatu Penghijrahan Tidak Boleh Dibuat-Buat..” – TV AlHijrah Kekalkan Reputasi Saluran Islamik Nombor Satu Malaysia

Stesen televisyen TV AlHijrah berjaya mengekalkan reputasi mereka sebagai saluran Islamik nombor satu Malaysia pada tahun lepas. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanzee Harris, kejayaan ini mampu dimiliki kerana pendirian mereka yang berpegang teguh pada matlamat asal.

Tidak berpura-pura

Tambahan pula, Namanzee berkata, mereka kekalkan matlamat asal stesen tersebut iaitu tidak berpura-pura dalam menyampaikan mesej atau menunjukkan sesuatu penghijrahan. Mereka mengelakkan daripada mengeluarkan sebuah program yang tidak berlandaskan realiti.

Advertisement

Kita tak boleh lari daripada matlamat asal dengan berpura-pura atau fake. Maaf, saya terpaksa guna perkataan itu. Sesuatu penghijrahan itu tidak boleh dibuat-buat.

 

Orang-orang yang berada di stesen atau mendepani jenama kami, mereka tak boleh menjadi orang yang pura-pura berhijrah. Itu keutamaan kami.

tv

Strategi berbeza

Pada masa yang sama, TV AlHijrah juga mempunyai pendekatan strategi yang berbeza untuk menarik perhatian penonton. Kata Namanzee, mereka tidak mengejar prime time, sebaliknya mementingkan non-prime time bagi mengeluarkan rancangan mereka.

Saya akui orang tidak menonton TV AlHijrah 24 jam. Semua orang perlukan rancangan hiburan, sukan dan berita.

 

Namun, ketika waktu Subuh, Magrib dan sebelum tidur, ketika itulah kami menarik perhatian penonton. Kami kejar non-prime time. Biarlah saluran lain kejar prime time.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by TV ALHIJRAH (@tvalhijrah114)

Terdahulu, TV AlHijrah telah memperlihatkan pelbagai program menarik yang bakal disiarkan di tahun 2024 seperti Akademi Qurra’ 2024, Quran@114, Riwayat Akhir Zaman, 30 Minit Bersama Ustaz Dato’ Hj Shamsuri Ahmad dan Carta 114.

Alif Satar
4 months ago

"Kesian, Nak Sembah Tuhan Pun Perlukan Influencer" - Dakwah Alif Satar Solat Subuh Di Masjid Undang Pertikaian?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...