Pengacara sensasi, Azwan Ali tampil memberi sokongan kepada pelakon, Aaron Aziz berkaitan isu namanya digugurkan dalam filem pengarah terkenal, Syamsul Yusof.
Menerusi video yang dimuat naik Kosmo Online, Aaron telah memberi amaran tegas kepada pelakon, Sharnaaz Ahmad untuk tidak masuk campur dalam konflik berkenaan.
Difahamkan, Sharnaaz tiba-tiba tular di media sosial selepas meminta kedua pihak agar menghentikan pergaduhan dan menghormati bulan Ramadan.
Cakap dekat dia, tak payah masuk campur lah. Kepada yang tak terlibat dalam produksi, korang jangan bagi statement. Kalau nak masuk campur boleh jumpa saya dulu.
Selain itu, pelakon filem Ombak Rindu itu turut meminta agar Syamsul untuk memohon maaf kepada ibu bapanya terlebih dahulu.
Saya cakap secara umum lah, minta maaf dekat mak bapak dulu.
@kosmoonline Datuk Aaron Aziz mengingatkan pelakon Sharnaaz Ahmad tidak campur tangan dalam kemelutnya bersama Syamsul Yusof berkaitan penggugurannya daripada filem The Original Gangster.
Menerusi ciapan di laman Twitter, Azwan atau lebih dikenali sebagai Diva AA memuji Aaron kerana berani memberi kenyataan pedas kepada kedua Sharnaaz dan Syamsul.
Bukan itu sahaja, pengacara berusia 57 tahun itu turut menyifatkan Aaron seakan-akan sama seperti dirinya dan memberi sokongan kepada pelakon berkenaan.
Sebelum ini, Syamsul telah mendedahkan faktor usia, berat badan dan masalah kesihatan sebagai punca Aaron digugurkan daripada filem arahannya, The Original Gangster.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.