Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

‘Sesuai Dengan Watak Ammara..’ – Uyaina Arshad Tak Kisah Dikecam Pakaian Pelik

Uyaina Arshad

Pernampilan yang unik di dalam drama terbaru lakonan Uyaina Arshad iaitu Love Elsa yang baru sahaja ditayangkan pada Selasa lalu menarik perhatian orang ramai.

Advertisement

Uyaina atau nama sebenar, Saidatul Naseha Uyaina Arshad berkata pakaian yang dipakainya itu direka sesuai untuk watak Ammara yang agak pelik di dalam drama itu dan Uyaina tidak mengambil kisah jika pakaiannya itu dikecam oleh netizen.

Bagi saya, gaya pemakaian dalam drama itu sesuatu yang fresh dan berbeza dengan watak-watak saya sebelum ini. Selama saya berlakon, tak pernah pakai macam itu.

Gaya itu direka oleh penata gaya untuk drama itu.. sesuai dengan watak Ammara yang dilihat seperti perempuan pelik dan aneh. Sebab Ammara ini seorang perempuan yang lain dari lain.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by UA (@uyainaarshad)

Pelakon tersebut juga memberitahu bahawa semasa pengambaran dia perlu mengenakan sarung tangan sebanyak 17 hingga 18 lapis bagi menghidupkan wataknya sebagai Ammara.

Bila dah habis shooting, memang bersyukur dah tak payah lagi pakai baju banyak lapisan.

Uyaina ArshadSumber : Instagram Uyaina Arshad  

Selain Uyaina, drama arahan Michael Ang iaitu Love Elsa itu turut dibintangi oleh pelakon hebat seperti Zul Ariffin, Riz Azmin, Ramona Zam Zam, Mona Ellen dan Iman Suhana yang ditayangkan di slot Megadrama Astro Ria.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

4 Comments

  1. Anonymous

    June 19, 2021 at 9:30 pm

    Lidah terkepit kt gigi.. sllu post cm2, nk nmpk comel ke? Xbuat cm2 pun, mmg comel… #gayalainlaaa

  2. Ok je

    June 17, 2021 at 3:39 pm

    Lawa je pemakaian die, stylist yg sama by abu kan, mmg la ade iras2 mira filzah sweet dream. Cantik and kreatif la style abu ni suit dgn watak. Cuma uyaina, nnt kalo bergamba xyah la buat lidah tersentil camtu, tak cute. Btw love ur acting, x kaku uyaina.

  3. Anonymous

    June 17, 2021 at 3:31 pm

    Definitely she’s way better

  4. Anonymous

    June 17, 2021 at 2:58 pm

    Nak tiru mira filzah dlm sweet dream ke

Leave a Reply to Anonymous Cancel reply

Loading...
To Top