“Sesiapa Yang Terhalang Tunaikan Haji Lepas Berniat Haji, Perlu Sembelih Seekor Kambing & Bertahallul” – Mufti Pahang

Kehidupan

“Sesiapa Yang Terhalang Tunaikan Haji Lepas Berniat Haji, Perlu Sembelih Seekor Kambing & Bertahallul” – Mufti Pahang

Sebelum ini, tular sebuah video memaparkan Pengarah Perwira Holidays, Mejar (B) Mohd Abdul Wahab Abdullah, yang mendedahkan kejadian melibatkan sekumpulan jemaah haji dari Sabah yang tidak dibenarkan memasuki Tanah Suci Makkah selepas dipercayai ditipu oleh sebuah agensi pelancongan.

Apa yang lebih mengejutkan, agensi terbabit didakwa memberi jaminan palsu kepada jemaah bahawa ibadat haji mereka tetap sah walaupun tidak melaksanakan wukuf, iaitu salah satu rukun haji yang wajib.

Advertisement
jemaah haji

gambar hiasan

Susulan itu, Mufti Pahang Prof Datuk Dr Asmadi Mohamed Naim menjelaskan jemaah haji yang terhalang daripada menunaikan ibadat haji selepas berniat ihram wajib menyembelih seekor kambing dan bertahallul (menggunting rambut).

Sesiapa yang terhalang menunaikan haji atau ‘ihsar’ selepas berniat haji, mereka perlu sembelih seekor kambing dan bertahallul.

Jika seseorang itu belum masuk ke Tanah Haram dan belum berniat haji, maka mereka belum dianggap memasuki ibadat haji dan tidak perlu melakukan apa-apa tindakan. Sekiranya mereka masuk ke Tanah Haram selepas musim haji, mereka boleh masuk untuk menunaikan umrah.

bertahallul

gambar hiasan

Memetik laporan Harian Metro, beliau merujuk kepada peristiwa dalam sirah Nabi Muhammad SAW yang pernah terhalang untuk menunaikan haji pada tahun keenam hijrah.

Katanya lagi, berdasarkan pandangan mazhab majoriti ulama, jika mereka yang terhalang itu membuat haji sunat maka tidak perlu qada.

Namun, bagi mereka yang belum menyelesaikan haji wajib, masih wajib menunaikan sekiranya mampu.

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

Kes Penipuan Pakej Haji: Lelaki 67 Tahun Direman, Jemaah Dakwa Dikurung & Dipaksa Redah Laluan Bahaya
2 hours ago

Kes Penipuan Pakej Haji: Lelaki 67 Tahun Direman, Jemaah Dakwa Dikurung & Dipaksa Redah Laluan Bahaya

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...