Sesiapa Yang Nak Beli Kereta, Tahukah Anda Cukai Jalan Dikurangkan 50% Untuk Kereta Hybrid dan Elektrik?

Trending

Sesiapa Yang Nak Beli Kereta, Tahukah Anda Cukai Jalan Dikurangkan 50% Untuk Kereta Hybrid dan Elektrik?

Kerajaan sentiasa menggalakkan pengunaan kenderaan berteknologi hijau dengan mengerakkan pelbagai insentif termasuk pengurangan cukai jalan 50% bagi kenderaan jenis elektrik dan ‘hybrid plug in charging’.

Menurut timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Kamaruddin Jaffar, jumlah kedua-dua kenderaan itu yang berdaftar dengan Kementerian Pengangkutan berkata sebanyak 5,403 kereta elektrik dan 46,981 kereta jenis ‘hybrid plug in charging’ berdaftar setakat 31 Mac tahun ini.

Advertisement

Daripada jumlah itu, Selangor mencatatkan jumlah tertinggi bagi kereta elektrik berdaftar dengan jumlah 2,791 buah, manakala Wilayah Persekutuan pula mencatat jumlah tertinggi kereta jenis hibrid berdaftar dengan jumlah 25,360 buah.

Apakah perbezaan antara kereta elektrik dan hybrid plug in charging?

Hybrid: Kenderaan yang menggunakan enjin pembakaran dalaman untuk memacu generator elektrik yang akan menjana motor elektrik. Enjin pembakaran dalaman yang digunakan pula boleh jadi versi petrol atau diesel.

Motor petrol kebiasaannya menjadi sumber tenaga utama dalam kereta hibrid, manakala motor elektrik sebagai tenaga tambahan. Namun, ada sesetengah kereta hibrid dipacukan ‘dua enjin’ (pembakaran dalaman dan motor elektrik) serentak.

Kereta Elektrik (EV):  Ia langsung tidak mempunyai enjin petrol atau diesel, tetapi digerakkan sepenuhnya menggunakan motor elektrik sebagai kuasa utama daripada pek bateri boleh cas dan mampu dipandu hingga 400km dan lebih.

Jika memandu anda memang dapat menjimatkan kos bahan api jika dibandingkan kereta konvensional (enjin pembakaran dalaman) berkapasiti sama.

Perkara-perkara yang anda wajib tahu sebelum membeli kereta elektrik ataupun hybrid.

  • Perbezaan harga antara kereta elektrik dan tradisional sebenarnya semakin mengecil. Ini bermaksud harga kereta elektrik semakin menurun dan harga model-model berkuasa petrol semakin nai
  • Bateri yang dilengkapkan pada kereta elektrik ataupun hibrid direka agar tahan cukup lama bahkan hampir menyamai usia kereta itu sendiri.
  • Ramai pengguna menyangkakan kereta elektrik seperti kereta kart di padang golf yang bersaiz besar. Tidak mempunyai kuasa pecutan sehebat kenderaan dengan enjin berkuasa petrol.
  • Kini tidak lagi sejak Tesla menghasilkan P90D lengkap dengan Insane Mode, ia kini mempunyai kuasa pecutan yang melebihi kereta-kereta eksotik dengan harga yang berkali ganda lebih mahal.
  • Dilema EV dan hibrid/PHEV tidak berlaku di Malaysia. Model EV masih tidak sepopular kereta hibrid. Tetapi pemilikan hibrid mencatatkan peningkatan saban tahun yang menandakan kereta jenis itu semakin diterima rakyat negara ini.

Kelemahan utama kereta hibrid adalah harga runcitnya agak mahal berbanding kereta biasa. Hanya orang-orang yang mempunyai wang yang cukup boleh membeli kereta hibrid. Walau bagaimanapun, kereta hibrid sebenarnya lebih murah apabila dibandingkan dengan kereta konvensional dalam jangka masa panjang.

Jika anda mengira jumlah penggunaan bahan api kedua-dua kereta, anda sebenarnya akan melihat bahawa anda boleh menyimpan lebih banyak wang dengan menggunakan kereta hibrid.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...