Salah satu benda penting yang perlu ditekankan semasa merancang perjalanan ke luar negara adalah dengan memastikan negara yang kita akan kunjungi memerlukan visa atau tidak.
Untuk pengetahuan semua, negara yang dilabel sebagai ‘bebas visa’ adalah negara yang tidak memerlukan visa, dan ianya sudah cukup dengan passport untuk memasuki negara tersebut.
Visa merupakan sebuah dokumen yang penting dikeluarkan oleh sesebuah negara bagi memberi keizinan kepada seseorang (pelawat luar) untuk masuk ke nagara tersebut dalam tempoh waktu dan tujuan tertentu.
Amerika Syarikat (AS) telah mengeluarkan undang-undang terbaru kepada semua pemohon visa yang ingin melancong ke negara tersebut dimana mereka perlu mengemukakan butiran akaun media sosial di bawah peraturan baru yang diterima pakai.
Peraturan Jabatan Negeri menyatakan bahawa para pelancong perlu menghantar nama akaun media sosial dan juga alamat e-mel serta nombor telefon mereka yang aktif digunakan selama lima tahun.
Bagi pemohon visa diplomatik dan rasmi, mereka akan dikecualikan daripada langkah baru yang ketat ini.
Walaubagaimanapun, bagi mereka yang ke AS untuk bekerja atau belajar, mereka wajib menyerahkan data maklumat diri mereka.
Sesiapa yang menipu dan memberi akuan media sosial yang salah, mereka bakal berhadapan dengan tindakan undang-undang yang serius daripada imigresen.
Sesiapa yang akan ke Amerika itu, ingat jangan lupa bagi akaun media sosial anda yang rasmi, takut anda tidak dibenarkan masuk jika bagi akaun yang salah.
Sumber: BBC NEWS