Konsert kumpulan rock dari Britain yang bakal diadakan buat pertama kalinya di Kuala Lumpur pada November akan datang meresahkan sesetengah pihak.
Mereka ini juga memang sering membantah mana-mana konsert terutamanya artis antarabangsa jika diadakan di Malaysia contohnya Blackpink.
Bagaimanapun, bantahan mereka seperti sia-sia kerana tiket konsert tersebut habis terjual selepas rakyat ‘berjuang’ selama dua hari berturut.
Penyampai radio Hitz FM semalam sempat menghubungi dan membuat panggilan video bersama vokalis Coldplay, Chris Martin yang turut memberi ulasannya selepas dimaklumkan tentang bantahan tersebut.
Menerusi temu bual itu, Chris berkata Coldplay sangat teruja untuk datang ke Kuala Lumpur dan semua orang daripada berbeza agama, semua pemimpin dan pengikut dialu-alukan untuk ke konsert mereka.
Sesiapa yang tidak gembira kami datang, kami minta maaf tapi kami sayang anda juga.”
Chris Martin sits down with the #HITZmorningcrew to chat about their upcoming show in Malaysia ?? ?? | via https://t.co/BCT335QhF6 pic.twitter.com/7KTGu6QDNa
— Coldplaying (@coldplaying) May 18, 2023
Peminat memuji cara Chris memberi respon dan ulasan berkenaan hal terbabit dalam cara yang berhemah serta bercakap dengan sopan.
Dalam pada itu, ramai netizen yang berharap agar Coldplay mempertimbangkan untuk membuat konsert di Kuala Lumpur selama 2 hari.
Rata-ratanya meluahkan kekecewaan tidak dapat membeli tiket konsert pada 22 November akan datang kerana isu reseller atau scalper yang sedang hangat diperkatakan ketika ini.