Sesi Fotografi Bertudung Jadi Punca Saya Berhijrah- Amy Mastura

Hiburan

Sesi Fotografi Bertudung Jadi Punca Saya Berhijrah- Amy Mastura

Seringkali apabila seseorang selebriti berhijrah menutup aurat sepenuhnya, memang ada cerita di sebalik penghijrahan tersebut. Seronok juga membaca pengalaman yang dikongsikan oleh mereka. Kadangkala ‘the simplest thing’ menjadi pendorong buat manusia untuk berubah menjadi lebih baik. Baru bertudung penuh baru-baru ini, Amy Mastura berkongsi punca penghijrahannya kepada imej berhijab.

amy mastura

Advertisement

Menurut Amy Mastura yang kini berusia 44 tahun, sebuah sesi fotografi untuk hari raya yang memerlukan dirinya bertudung telah menjadi punca penghijrahannya. Kongsi Amy:-

Hasrat untuk memakai tudung itu sudah lama saya simpan tetapi tidak tahu mahu bermula dari mana selain masih belum bersedia. Alhamdulillah sesi fotorgrafi yang memerlukan saya bertudung menjadi punca saya teruskan imej berkenaan sehingga sekarang.

Masih banyak yang saya perlu perbaiki tentang diri sendiri dan menutup aurat ini adalah salah satu langkah kecil dan berharap peminat sentiasa mendoakan saya agar dapat menjadi muslimah lebih baik selepas ini

amy mastura

Sesungguhnya hidayah dan petunjuk daripadaNya datang daripada pelbagai bentuk, sudut dan arah. Cuma kita selaku manusia perlu membuka hati untuk menerimanya. Sedikit sebanyak perlu ada persediaan untuk berhijrah ke arah lebih baik. Kalau hati sudah terbuka, hanya perlu dijentik sahaja untuk memberikan kekuatan membuat penghijrahan. Tahniah buat Amy Mastura dan sesungguhnya anda nampak seperti baru berumur 24 tahun apabila bertudung. Kipidap!!! Sumber Mstar Online. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
amy mastura

P.S: Gila apa dah dapat anak satu tapi album kahwin tak dapat-dapat lagi. Lagi sedih bila call photographer, janji manis terus diberi tapi album hilang entah ke mana. Menangis air mata darah pun tak guna. Sebab itulah kena ambil photographer seperti Ryaniez Moments Photography yang menjanjikan album anda siap dalam masa 6 minggu. Orang kata tengah darah manis lagi dah dapat pegang album kat tangan. Silalah SMS/Whatsapp/telefon 019-204-4408 untuk buat tempahan atau LIKE Facebook Ryaniez Moments Photography untuk info lanjut.


amy mastura

amy mastura
amy mastura
amy mastura

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...