Seseorang Yang Taat Ajaran Agama Layak Tadbir Negara Dengan Baik – Tun Mahathir

Trending

Seseorang Yang Taat Ajaran Agama Layak Tadbir Negara Dengan Baik – Tun Mahathir

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu kenyataan percaya pemimpin yang taat pada perintah agamanya adalah seorang yang layak untuk mentadbir negara dengan baik dan berkesan.

Bila seseorang itu menjaga agamanya dengan baik, maka dia akan menjadi penentu sama ada sistem pentadbiran sesuatu negara itu berfungsi dengan baik atau tidak.

Advertisement

Perintah terlalu lama cenderung salahguna kuasa dan sistem pentadbiran

Jika pemerintah fokus untuk membangunkan dan melakukan yang terbaik untuk memanfaatkan negara sepanjang pentadbirannya, maka demokrasi akan berfungsi.

Namun, jika seseorang itu kekal memerintah terlalu lama, sentiasa ada kecenderungan untuk beliau menyalahgunakan kuasa dan sistem pentadbiran.

Untuk pastikan individu dilantik dalam sistem demokrasi akan menjalankan tugasnya dengan penuh tanggungjawab, ia bergantung pada sistem nilai, yang menentukan kualiti dan sikapnya.

Bagi seorang pemimpin, perlunya dedikasi pada nilai tertinggi. Ertinya, jika pemimpin itu beragama dan taat pada nilai agama, kebiasaannya beliau akan menjadi pemimpin yang baik. – Kata Tun M dalam Dialog Perdana 2021.

Ada pemimpin rasuah rakyat untuk undi mereka

Tun Mahathir juga tidak menafikan ada pemimpin yang melakukan rasuah dengan membayar rakyat untuk mendapat undi.

Jadi Tun Mahathir berharap agar pendidikan negara dapat melahirkan seorang pemimpin yang lebih bersih.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...