Seseorang Tidak Bersalah Selagi Tidak Dibuktikan, Saya Mohon Layanan Baik – Rosmah Mansor

Trending

Seseorang Tidak Bersalah Selagi Tidak Dibuktikan, Saya Mohon Layanan Baik – Rosmah Mansor

Minggu lalu, tindakan pihak polis menyerbu kediaman Datuk Seri Najib Razak untuk mencari bukti bekaitan kes pengubahan wang haram menarik perhatian seluruh rakyat Malaysia. Pihak polis mengambil masa lebih 12 jam untuk menggeledah kediaman bekas perdana menteri dan menemui beberapa kotak berisi barangan peribadi, beg tangan, hadiah serta pakaian.

Advertisement

Namun, siasatan tidak terhenti di situ sahaja, pihak polis berjaya merampas 72 buah beg mengandungi wang tunai pelbagai jenis matawang , sejumlah besar barang kemas serta 284 kotak mengandungi beg tangan mewah termasuk dari jenama Hermes Birkin ketika menyerbu sebuah lagi kediaman Najib Razak di Pavilion Residence Apartment.

Berbicara mengenai apa yang berlaku kepada suaminya dan kekalahan teruk BN dalam PRU14, Datin Seri Rosmah Mansor memberitahu beliau sedikit pun tidak menyimpan perasaan dendam kepada mereka yang sudah berpaling tadah.

Perkara ini normal dalam politik. Apabila kita berada di atas, semua orang sanjung, tetapi apabila kita mengalami masalah, keadaan menjadi seperti dijangkakan. Ia adalah sebahagian daripada kitaran kehidupan. Saya tidak kisah. Saya OK. Semua orang mempunyai hak untuk bercakap apa yang mereka mahu cakapkan.

Walaubagaimanapun, Rosmah berharap siasatan yang dijalankan oleh pihak polis dapat berakhir dengan cepat. Belum dibuktikan sebagai pihak yang bersalah, Rosmah turut meminta pihak berkuasa memberikan layanan yang baik terhadap beliau dan keluarga.

Saya boleh terima semua serbuan yang dilakukan hingga awal pagi itu. Saya memahaminya. Namun, saya percaya seseorang itu tidak bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah. Disebabkan itu, kami mahukan layanan sebagai manusia. Hak untuk dihormati.

Meskipun menerima pelbagai tomahan dan kritikan daripada rakyat Malaysia, Rosmah tidak mahu memikirkan perkara lain dan fokusnya kini hanya mahu melindungi diri dan keluarganya . Beliau yakin kehidupannya akan kembali normal secepat mungkin.

Sumber Berita : BH ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...