“Seseorang Bocorkan Fail Siasatan” – Peguam Risau ‘Plot Twist’ Tentang Kematian Adik Zara Disebabkan Ibunya

Trending

“Seseorang Bocorkan Fail Siasatan” – Peguam Risau ‘Plot Twist’ Tentang Kematian Adik Zara Disebabkan Ibunya

Peguam yang mewakili ibu kepada remaja 13 tahun dari Sabah, Zara Qairina Mahathir meluahkan kebimbangan tentang integriti siasatan yang mungkin terjejas.

Menurut Hamid Ismail dan Shahlan Jufri, rasa bimbang itu muncul selepas berlaku penyebaran isu yang digelar ‘plot twist’ di beberapa platform media sosial sejak minggu lalu yang membayangkan kematian Zara berpunca daripada kemurungan akibat ibunya sendiri.

Advertisement

‘Plot twist’ yang kini tersebar itu sekali gus menunjukkan kemungkinan bahawa ada pihak yang membocorkan fail siasatan kes berkenaan.

Kata mereka, sekeping kertas yang digambarkan sebagai ‘diari’ Zara menjadi sumber kepada naratif itu malah dilabelkan sebagai ‘bukti fizikal’.

Jika kertas itu sememangnya sebahagian daripada barangan peribadi Zara yang diambil dari lokernya di asrama oleh pihak polis selepas kematiannya, ini bermakna seseorang membocorkan kandungan fail siasatan kepada umum untuk membina naratif jahat dan persepsi negatif terhadap Zara dan ibunya.

Ibu dedah perbualan Zara Qairina pembuli

Hamid Ismail dan Shahlan Jufri juga berkata anak guam mereka, Noraidah Lamat bukan mencari ‘kemenangan’ dalam siasatan itu tetapi hanya mahukan keadilan untuk anaknya.

Sentiasa bersedia membantu pihak polis dalam siasatan. Oleh itu, kami akan menyerahkan semua pakaian dan barangan peribadi Zara yang disebutkan di atas kepada polis. Pihak polis menghubungi kami semalam untuk tujuan ini.

Kedua-dua peguam itu turut berterima kasih kepada semua pihak yang membantu dalam mengetengahkan kes ini sebagai usaha untuk mendapatkan keadilan buat Zara.

Wanita dikecam buat statement kes zara qairina
2025-08-06 13:59:18

"Kau Ni Siapa? Cerita Macam Tahu Semua" - Guru Wanita Dikecam Buat Kenyataan Zara 'Diputar' Dalam Mesin Basuh

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...