“Service “UBER” Harga Kompetatif, Boleh Dipercayai” – Nazir, Adik Perdana Menteri

Trending

“Service “UBER” Harga Kompetatif, Boleh Dipercayai” – Nazir, Adik Perdana Menteri

Screen Shot 2016-01-06 at 8.27.07 PM

Walaupun perkhidmatan  “Uber” mendapat tentangan hebat dari sesetengah pihak, namun berbeza pula bagi adik kepada Perdana Menteri.

Advertisement
Beliau berpendapat perkhidmatan tersebut bukan sahaja menawarkan harga kompetatif tetapi juga boleh dipercayai.Nazir Razak berkata sedemikian bersama satu kapsyen yang dimuat naik di laman Instagram beliau.

Menurut Nazir, dia menggunakan khidmat itu buat pertama kalinya hari ini.

Di dalam gambar yang dimuat naik, Nazir memuat naik selfienya dengan Babar.

Selfie dengan Babar, pemandu Uber pertama saya. Sangat baik untuk nilai – pilihan kereta, senang digunakan, harga kompetatif dan dipercayai
Perkhidmatan Uber mencetus kontroversi sejak ia mula diperkenalkan di Malaysia.Jawatankuasa Bertindak Pemandu Teksi Lembah Klang mendesak agar Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengharamkan perkhidmatan Uber kerana ia mengganggu periuk nasi pemandu teksi negara ini.

Sedangkan rata-rata masyarakat Malaysia berpuashati dan menyokong perkhidmatan “Uber” ini terus beroperasi.
Mungkin perkhidmatan teksi di Malaysia perlu memperbaiki mutu perkhidmatan mereka susulan komplem dan rungutan yang dibahaskan rakyat Malaysia sebelum ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...