Bila sebut tentang serum, mesti anda akan terfikir ia adalah salah satu langkah penjagaan kulit betul tak? Percaya tak kalau kami kata serum BUKAN saja untuk kulit, malah ada untuk gigi?
Haa? Serum? Untuk gigi? Biar betul?
Ya, ada serum khas untuk pemutihan gigi yang dihasilkan berdasarkan teori color-correction tau, iaitu Colgate Optic White Purple Serum!
Kalau kulit wajah pun anda boleh jaga, kenapa tidak gigi betul tak? Jadi, lepas ni anda boleh berikan senyuman paling cerah dan tampil yakin dengan gigi yang lebih cerah!
Nak tahu lebih lanjut tentang Colgate Optic White Purple Serum ini dan macam mana ia mampu berikan kecerahan pada gigi anda, jom kami kongsikan.
Teori Color Corrector, Warna Ungu Boleh Putihkan Gigi? Betul Ke?
Siapa ingat lagi, tahun lepas, Colgate memperkenalkan ubat gigi berwarna ungu, iaitu Colgate Optic White Purple? Ia dirumus khas untuk membetulkan tona kuning serta merta bagi keberkesanan sementara pada gigi tau.
Tahun ini pula, Colgate nak kembangkan lagi siri penjagaan gigi Optic White Purple supaya anda dapat capai gigi yang lebih cerah dan senyum dengan lebih yakin, dengan menghasilkan serum gigi, Colgate Optic White Purple Serum.
Tapi, kenapa warna ungu? Haa, anda pernah dengar tak tentang teori color correction?
Jadi, teori color correction sebenarnya berkait rapat dengan roda warna ini, yang mana kalau kita campur dua warna yang bertentangan, ia akan meneutralkan antara satu sama lain.
Daripada teori color correction ini lah siri penjagaan gigi Optic White Purple ini terhasil tau.
Jadi, kalau tanya kami, cukup ke sekadar berus gigi menggunakan ubat gigi Colgate Optic White Purple? Bagi kami, untuk dapatkan senyuman yang lebih bersinar, anda memang perlu guna Colgate Optic White Purple Serum!
Tapi, anda jangan keliru tau antara serum dan ubat gigi tau! Serum ini bukanlah pengganti ubat gigi, dan anda masih perlu memberus gigi dengan ubat gigi sebelum menggunakan serum.
Menariknya, serum ini mempunyai tekstur yang sedikit melekit, dengan warna ungu pekat yang akan merangsang keputihan pada gigi.
Paling penting, walaupun ia serum, korang tak akan rasa janggal sebab bila anda guna serum ini pada gigi, anda akan rasa mint dan yuzu yang sangat segar menyejukkan.
Dengan rekaan yang sleek, Colgate Optic White Purple Serum ini sangat mudah untuk digunakan dengan hanya satu pam saja! Nak tahu cara untuk gunakan serum ini? Jom kami kongsikan!
Langkah 1: PUMP – Gunakan 1 pam pada berus gigi sebagai tambahan kepada rutin penjagaan mulut biasa
Langkah 2: PURPLE – Gosok selama 2 minit
Langkah 3: SMILE – Bilas mulut selepas mengeluarkan lebihan dan serlahkan senyuman paling berseri
Senang kan nak guna Colgate Optic White Purple Serum ni? Kesan pembetulan segara dapat dilihat dalam sekali penggunaan, berbanding dengan memberus gigi dengan ubat gigi Colgate tanpa fungsi pemutihan.
Paling penting, dengan Colgate Optic White Purple Serum ini, ia bertindak sebagai Booster Pemutih Gigi yang gunakan dalam rutin penjagaan gigi harian anda.
Dengan ciri pembetulan warna yang ada pada serum ini, serta warna ungu pada tekstur, ia akan serta-merta memperbetulkan nada kuning pada gigi anda.
Jadi, anda tunggu apa lagi? Jom tambah satu rutin mudah dalam penjagaan gigi dengan menggunakan Colgate Optic White Purple Serum sekarang!
Psst, cepat serbu pasaraya terdekat sekarang untuk dapatkan serum ini okay? Maklumat lanjut, layari laman web rasmi Colgate atau ikuti media sosial di Facebook.