Walaupun terpalit dengan kontroversi dengan usahawan terkenal baru-baru ini, nampaknya Nurul Airawani Nazira Ibrahim ataupun panggilan manjanya Wani Comel sudah bersedia untuk membuka lembaran hidup yang baru.
Terbaru, gadis berusia 23 tahun itu dilihat menyertai satu sesi uji bakat lakonan di syarikat produksi terkenal iaitu Metrowealth.
“Kita ni daripada bawah asyik kena pijak, kita kena upgrade. Kita datang sini untuk casting. Tak apalah, mana tahu ada rezeki. Daripada orang pijak-pijak kita macam tak ada harga diri, baik kita datang sini, ada orang hargai kita.”
View this post on Instagram
Bukan sahaja Wani, malah uji bakat tersebut turut disertai oleh bekas pembantu peribadi Datuk Seri Alif Syukri yang lebih dikenali sebagai Kak Mel. Kalau anda ingat, wanita ini pernah mendedahkan dahulu bahawa dia dibuang kerja oleh usahawan tersebut.
David Teo yang juga pemilik syarikat produksi itu dilihat sangat mengalu-alukan kedatangan Wani ke uji bakat itu.
“Semoga kita dapat bekerjasama untuk berikan watak-watak yang istimewa untuk awak. Dan Wani boleh buat watak komedi, jadi kami akan cari watak komedi untuk Wani.”
View this post on Instagram
Pun begitu, gadis tersebut menjelaskan bahawa dia tidak kisah dengan watak yang diberikan kepadanya.
Selamat maju jaya Wani!