Baru-baru ini, Ahli Parlimen Muar iaitu Syed Saddiq telah meluahkan rasa bangga terhadap pencapaian anak sulung kepada pelakon dan penyanyi, Bella Astillah iaitu Mohamed Ayden Adrean.
Menerusi video yang dimuat naik di Instagram Story, Syed Saddiq berkongsi rasa bangganya apabila Ayden, yang baru berusia 8 tahun berjaya menyertai perlumbaan triathlon pertamanya walaupun hanya sempat berlatih selama dua bulan saja.

Juara sebenar, Ayden.
Kanak-kanak berusia lapan tahun sertai perlumbaan triathlon pertamanya selepas dua bulan berlatih.
Dalam pada itu, Ayden turut dilihat begitu berani dan berkeyakinan ketika menjawab soalan yang diajukan oleh pihak media.
Menerusi hantaran yang sama, Syed Saddiq turut memuji Ara Adreanna, anak kedua Bella, yang baru berusia enam tahun namun sudah pandai merakam video abangnya dengan baik semasa ditemu bual oleh pihak media.
Ara baru berusia enam tahun tapi dia yang ambil dan rakam video ini. Mesti dia terinspirasi daripada abang dia.
Terdahulu. Syed Saddiq dan Ayden antara peserta yang turut bertanding bagi kategori masing-masing dalam acara 113 International Triathlon Desaru Malaysia 2025 yang berlangsung pada Ahad.
Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.