Written by AbangNara | July 10th, 2018

Nama Wak Doyok memang seringkali dihimpit kontroversi, lebih-lebih lagi selepas rakyat Malaysia memilih kerajaan baru menggantikan Barisan Nasional 2 bulan yang lalu. Mana tidaknya, sikap Wak Doyok yang terus memuatnaik gambarnya bersama Tun Mahathir sebaik sahaja kemenangan tersebut diumumkan dilihat menggambarkan dirinya sebagai lalang. Sebelum ini, Wak Doyok secara terang-terangan telah melahirkan sokongannya kepada bekas Perdana Menteri terdahulu. Memang teruk kecaman yang telah diterima oleh Wak Doyok kerana berpaling tadah dalam sekelip mata.
wak doyok lalang
Terbaru, Wak Doyok sekali lagi menggemparkan dunia hiburan dan politik setelah mengesahkan dirinya telah menghantar borang keahlian Parti Amanah. Akibat tindakan ini, netizen terus menerus mengecam Wak Doyok kerana dilihat seolah-olah mengambil kesempatan berdasarkan parti yang memerintah. Namun bagi Wak Doyok, apa yang dilakukan bukanlah satu kesilapan kerana Malaysia adalah sebuah negara demokrasi. Malah Wak Doyok tidak kisah digelar lalang oleh netizen kerana tahu perjuangannya yang sebenar.

wak doyok

Kata Wak Doyok:-

Saya baru saja serah borang di pejabat cawangan baru, Seksyen 13 Shah Alam. Saya difahamkan mungkin proses untuk mendapatkan nombor keahlian boleh memakan masa hingga sebulan.

Saya sayang pucuk pimpinan lama seperti Mohamad Sabu, Khalid Abdul Samad, Salahuddin Ayub dan Dr Dzulkefli Ahmad. Dr Dzulkefli itu bapa mertuanya menjadi imam di surau tempat saya, jadi memang rapat dengan keluarganya.

Saya memang bergiat aktif untuk masyarakat sejak dulu, kali ini saya ingin mengajak anak-anak muda agar menjadi bangsa lebih dihormati di mata antarabangsa dan membantu membentuk belia yang mempunyai perancangan masa depan.

Yang tidak berpuas hati, mereka tiada hak untuk menghalang kerana ini pilihan individu malah mereka tidak boleh sekat sesiapa untuk masuk mana-mana parti. Nak cakap saya lalang atau masuk sebab jawatan itu, terpulang kerana yang penting saya tahu apa yang diperjuangkan. Yang banyak cakap itu, entah-entah belum pun mendaftar sebagai pengundi

wak doyok lalang

Memang kebal dan kental sungguh hati Wak Doyok namun inilah harga yang perlu dibayar selepas membuat keputusan sebegini. Secara jujurnya, memang nampak macam lalang juga perbuatan Wak Doyok ini. Sekurang-kurangnya tunggulah 3-4 bulan sebelum melahirkan sokongan secara zahir. Namun biasalah orang Melayu ini memang jenis tak sabar sikit. Kaya sikit terus beli kereta baru dan upload gambar kat Instagram. Ada awek ‘hot’ skit terus gelabah ayam nak tunjuk kat semua orang dalam Facebook. Tup-tup last-last clash jugak. Tak gitu? Harapnya keputusan Wak Doyok kali ini berkekalan walaupun jika ditakdirkan Parti Amanah bukanlah parti pemerintah satu hari kelak. Sumber Astro Gempak.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

18 responses to Sertai Parti Amanah, Wak Doyok Tak Kisah Digelar Lalang Kerana Tahu Apa Yang Diperjuangkan

  1. Anonymous says:

    DASAR LALANG… SITI TU PUN LALANG.. SALUTE ELLY SURIATI.. HIDUP BN… HAHAHAHA

    15

    6
  2. hanis zalikha poyooo says:

    DASAR LALANG.. SITI TU PUN LALANG.. SALUTE ELLY SURIATI..HIDUP BN…HAHAHA

    1

    6
  3. fifi says:

    Apa kena mengana dia ni dgn dunia seni eh??? semak aku tgk. Please la pilih & filter manusia2 cmni dari masuk parti apa2. Nti dah elok2 kerajaan, terus jd bangang jgk mcm yg sebelum ni. Adoi…

    21

    0
  4. Anonymous says:

    ” Yg byk ckp tu..entah-entah x daftar mengundi”..

    ooiiii..
    tak daftar dn x mengundi pun “DEMOKRASI YE”.

    5

    0
    • malaysia nak jadi negara maju wei says:

      untuk pengetahuan uolzz.. sebab jutaan warganegara malaysia tak hingin nak isi borang di pejabat pos semata-mata untuk daftar alamat mengundi kawasan parlimen dan dun diorang, nak tahu sebab apa?? sebab sistem first-past-the-post ni masih diamalkan untuk menghantar YB MP dan ADUN.. padahal kitorang ni nak pangkah lambang parti di kertas undi.. tapi apakan daya hanya calon beserta lambang parti je yang tertera di kertas undi.. apalah salahnya kalau sistem first past the post seiring sejalan dengan proportional representation.. barulah puas hati nak tengok analisis keputusan pilihan raya.. kitorang suka calon tu jadi YB MP dan ADUN tapi tak semestinya kita nak parti yang diwakili calon tu membentuk kerajaan..

      macam orang yang beralamat pengundi di parlimen pekan, korang suka najib tapi taknak bn bentuk kerajaan persekutuan (dalam hati teringin gak nak ikut gelombang nasional tukar parti di putrajaya).. tapi najib kesayangan rakyat jelata marhaen punya pasal, orang pekan pangkah jugaklah lambang dacing.. nasib malang pulak di tempat lain banyak calon bn kalah kepada ppbm, pkr, amanah dalam pru14 ni.. johor bahru, kangar ibu negeri yang umno mesti menang sejak merdeka boleh pulak dirampas erk oleh calon lambang mata lebam pkr (dulu shahrir samad pernah recontest guna lambang kunci boleh menang prk, merasa jadi MP bebas jap 2 tahun).. tapi prestasi dap dalam pru14 ni nampak lebih hebat lagi kerana berjaya meningkatkan majoriti besar di kebanyakan kerusi yang ditandingi.. ratusan ribu orang pengundi damansara ni memang tergamak sungguh erkk sehati sejiwa pangkah tony pua walaupun guna lambang mata lebam pkr..

      my suggestion spr tolonglah pertimbangkan larangan calon bebas guna aneka lambang yang pengundi tak familiar, bertanding jadi calon MP dan ADUN.. siapa nak jadi calon bekerjasamalah dengan ahli politik lain dalam satu wadah parti.. memang berpolitik ni kena berpasukan bukannya individual tau.. buat naya calon bebas je guna lambang gajah hilang deposit.. orang bukit antarabangsa tak sanggup nak pangkah azwan ali dengan harapan azmin ali terus menjawat jawatan menteri besar selangor.. siapa sangka azmin ali naik pangkat ditawarkan jadi menteri persekutuan bidang hal ehwal ekonomi.. dah jadi dua kerja nak jaga dua kawasan serentak.. bertabahlah azwan ali ye melihat keputusan mengikut saluran pusat mengundi menunjukkan anda hanya memperoleh 90 undi.. jadi calon bebas ada banyak disadvantage sebab jentera kempen tu terhad.. kalau yang guna lambang parti tu sebab ada bilik gerakan parti semua tu yang menang ribuan undi tu..

      0

      0
  5. Anonymous says:

    dia ni kunyit ke?? banyak anak ikan?

    5

    0
  6. Anonymous says:

    4 TAHUN LAGI JIKA BN MENANG..KALAU KO MASUK BALIK PARTI TU..MMG KENA SEDIAKAN RACUN RENTOKILL UTK SEMBUR LALANG-LALANG MCM NI.
    PAGI SEMBUR..TENGAHARI DAH KERING..PETANG BOLEHLAH DI BAKAR.

    hehehehehe

    19

    0
  7. MOBILE says:

    DIA MEMPERJUANGKAN DUIT SAKUNYA RISAU NANTI TAKDA DUIT NAK BELA MISAI KEJUNG DIA

    12

    0
  8. Maisarah says:

    Ayat Nara di perenggan last kakakakaka menusuk kalbu..mcam kena pulak dengan Wak Doyok ni..wpun ditujukan kepada orang melayu..

    13

    0
  9. Wakdoyok tu siapa? says:

    “Namun biasalah orang Melayu ini memang jenis tak sabar sikit. Kaya sikit terus beli kereta baru dan upload gambar kat Instagram.”

    Ko panas dengan syapikah aina ke nara. Kahkahkah

    4

    0
  10. anon says:

    pape jelah wak

    1

    0
  11. la la land says:

    utk kesinambungan bisnes dia laa tu…ssh nk dpt tender kalu pro pembangkang… full stop.

    0

    0
  12. melati says:

    hahaha..muka pun macam Rosmah kimak tu..!!!!

    0

    0
  13. Anonymous says:

    propa aje ni, xyah amek die ni sebagai ahli, sharepartner sendiri pon dicakapnye PA. kang ade nanti satu hari die ngaku die menteri pulak.

    1

    0
  14. Anonymous says:

    hidup orang bisnes mmg mcm ni sebenarnya. diorg perlu rapat dgn org yg paling berkuasa supaya senang nk dpt job dan senang nk dpt bantuan kewangan. aq pon ada member mcm ni. kadang2 geram jgk sbb bila parti A jdi pembangkang, dia mati2 kutuk parti A. ni bila parti A dh jadi kerjaan dia pulak mati2 sokong. org mcm ni mmg kne patut buang je jauh2. mmg duri dlm daging.

    0

    0

Leave a Comment

Optional