Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Sertai Misi Bantuan COVID-19 Di Sabah, Nadzmi Adhwa Titip Pesanan Buat Isteri, Ardell Aryana

Pelakon yang kini bergelar ibu, Ardell Aryana difahamkan baru saja berangkat menjalani misi bantuan kemanusiaan di Sabah bagi membantu mereka yang terkesan gara-gara peningkatan kes COVID-19 di sana.

Dia yang mendirikan rumah tanggan bersama pelakon dan pengacara Nadzmi Adhwa telah menerima pesanan daripada suaminya itu yang berharap agar Allah sentiasa melindungi isterinya itu sepanjang berada di negeri itu yang kini berada dalam zon merah.

Nadzmi telah menitipkan pesanan itu menerusi ruangan Instagram miliknya di samping turut memuat naik video memaparkan dia bersama-sama Ardell dan anak sulungnya itu.

Advertisement

“Salam semua nak minta kalian semua doakan isteri saya selamat pergi dan selamat pulang.Semoga Allah sentiasa menjaga dan melindungimu di Sabah. Bantulah mereka sepenuh dayamu. Doa saya sentiasa mengiringimu. Semoga Allah redha dengan niat perjuanganmu. Saya sayang awak, Abi tahan airmata tadi..”

Video berdurasi 50 saat itu menunjukan Nadzmi menemani keberangkatan Ardell ke Sabah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 awal pagi tadi.

Advertisement

Meninjau ruangan komen, ramai peminat dan rakan artis turut mendoakan kesejahteraan Ardell sepanjang bertugas di bumi di bawah bayu itu.

Sekadar info, Nadzmi dan Ardell telah mendirikan rumah tangga pada 1 September 2019 dan telah dikurniakn seorang cahaya mata perempuan iaitu Arwa Malaikha Urwa yang kini berusia 4 bulan.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

2 Comments

  1. Anonymous

    November 10, 2020 at 9:08 am

    Awat la isteri yang pergi misi bantuan kemanusiaan? Anak tu kan kecik lagi…masih perlu perhatian…nak bermisi kemanusiaan pun, agak-agak laaa
    Terbalik pulak…suami yang jaga anak.
    Cuba pikir balik dan bawak bincang

  2. kak maghia

    November 9, 2020 at 4:23 pm

    jaga anak lbh afdhol

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top