Susulan penularan wabak Covid-19 yang kian mengganas, baru-baru ini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menggesa semua perhimpunan membabitkan orang ramai atau tempat padat termasuk aktiviti keagamaan ditangguhkan bagi mencegah jangkitan wabak tersebut. Bagaimanapun, masih ada pihak yang berdegil dan seakan tidak mengendahkan segala amaran.
Kecoh di media sosial kini apabila pelakon Noorkhiriah dikatakan masih berdegil dan ingin menyertai sebuah program usrah yang akan diadakan malam ini.
Ada juga individu yang bimbang dan tidak berani untuk menyertai sebarang kuliah ketika situasi merbahaya ini, tetapi Khiriah membalas komen berkenaan dengan menyatakan “Allah ada”.
Allah suruh jaga diri
Rata-rata netizen bengang dengan “alasan” yang diberikan oleh pelakon itu. Memang benar sebagai seorang yang beragama Islam kita harus yakin dengan Allah SWT tetapi kenapa pula masih ingin berdegil mempertaruhkan nyawa sendiri dan orang lain ketika keadaan virus sedang merebak dengan teruk.
Tawakal, berdoa agar dilindungi tidak salah, tetapi mungkin dalam situasi ini kita kena guna juga logik akal dan berusaha untuk mencegah diri dari melakukan perkara yang hanya akan mendatangkan kemudaratan.