Serpihan Roket Milik China Dijangka Terhempas Ke Bumi, Lokasi Masih Jadi Tanda Tanya

Dunia

Serpihan Roket Milik China Dijangka Terhempas Ke Bumi, Lokasi Masih Jadi Tanda Tanya

Dikhabarkan, serpihan roket Long-March 5B milik China yang berjaya membawa modul pertama untuk Stesen Angkasa Lepas China (CCS) ke orbit pada minggu lalu dijangka akan terhempas ke bumi.

Menurut kajian, roket tidak mencapai halaju diperlukan untuk mencapai orbit, tetapi ia kini mengelilingi bumi setiap 90 minit atau tujuh kilometer setiap saat.

Advertisement

Difahamkan, roket tersebut melepasi utara New York, Madrid, dan Beijing, sehingga ke Chile dan New Zealand.

Lokasi roket yang sudah tidak dikawal itu akan terhempas juga tidak dapat dipastikan pada masa ini. Persoalannya, dimanakah roket itu akan terhempas?

CNN melaporkan ia bukan kejadian kali pertama serpihan kapal angkasa lepas terhempas ke bumi.

Tahun lalu, salah satu serpihan kapal angkasa melepasi melepasi Los Angeles dan New York sebelum jatuh di Lautan Altantik.

Bagaimanapun, Long-March 5B yang seberat 20 tan adalah serpihan angkasa lepas paling besar yang akan jatuh ke bumi, sejak 1991, dan keempat terbesar dalam sejarah.

Terdapat kebimbangan ia akan terhempas di penempatan penduduk.

The Independent melaporkan kelajuan roket itu bermakna saintis tidak tahu bila ia akan terhempas, tetapi ia hampir pasti berlaku sebelum 10 Mei ini.

Media sebelum ini melaporkan China berjaya melancarkan modul pertama stesen angkasa lepasnya pada Khamis dengan menggunakan Long-March 5B

Modul teras Tianhe itu mempunyai peralatan sokongan hayat dan ruang tempat tinggal untuk angkasawan dilancarkan dari wilayah Hainan.

Stesen angkasa lepas Tiangong yang bermaksud Istana Syurga itu dijangka akan beroperasi pada 2022 selepas kira-kira 11 misi lagi untuk menghantar modul lain dan memasangnya di orbit.

Sama-sama kita doakan supaya roket tersebut terhempas di tempat selamat yang tidak membahayakan sesiapa.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...