Serpihan Bumi Yang Melayang Selepas Hentaman Asteroid 65 Juta Tahun Dahulu Mampu Mengekalkan Hidupan

Trending

Serpihan Bumi Yang Melayang Selepas Hentaman Asteroid 65 Juta Tahun Dahulu Mampu Mengekalkan Hidupan

Saintis berkemungkinan mempunyai jawapan yang konkrit tentang kepupusan dinosaur yang pernah menakluki dunia akibat bumi dihentam asteroid 65 juta tahun lalu, tetapi kini fokus mereka ialah apakah yang telah terjadi kepada serpihan batu yang telah terbang ke angkasa sebagai akibatnya.

Pengkaji menganggarkan yang berbilion tan batu dan air telah terserpih ke angkasa apabila asteroid gergasi tersebut menghentam bumi.

Advertisement

Saga ini bermula lebih kurang 65 juta tahun lalu, apabila sebuah asteroid seberat satu trilion tan dengan diameter 10km jatuh je bumi.

Sejauh mana cebisan batu tersebut pergi? Zon boleh-tinggal di Bumi  (atas tengah)
manakala serpihan asteroid tersebut besar kemungkinan telah sampai ke  Gliese 581.

Kesan pada hari yang berbahaya itu, yang dipanggil ‘Peristiwa Kawah Chicxulub’, telah menyebabkan tsunami pada skala mega dan kebakaran marak global yang menyebabkan kepupusan semua benda hidup di bumi.

Kesan-kesan yang tidak dipedulikan bagaimanapun ialah ‘hujan asteroid mini’ dengan berat berbilion tan yang telah tersebar ke seluruh galaksi selepas hentaman itu.

Pengkaji di Universiti Kyoto Sangyo telah membuat spekulasi tentang lokasi di mana batu-batu serpihan itu berada kini.

Kajian mereka bukan dibuat hanya untuk menjawab persoalan yang sudah berlegar beberapa dekad lamanya, tetapi kerana jawapannya mempunyai nilai saintifik tulen kerana batu-batu ini berkemungkinan dapat menampung kehidupan sekiranya ia berjaya mengekalkan elemen air dalam ‘perjalanannya membelah angkasa’.

Pengkaji Tetsuya Hara dan kumpulannya memfokuskan kajian mereka pada cebisan batu
yang berkemungkinan  mendarat di kawasan dalam galaksi yang kondusif bagi kehidupan
untuk berkembang.
 
 
 Kemungkinan: Saintis percaya yang bulan  Jovian iaitu Europa (atas)
dan bulan Zuhal iaitu Enceladus (bawah) memiliki kondisi yang berkemungkinan
kondusif untuk hidupan sekiranya partikel asteroid tersebut
berjaya sampai ke sana.
 
 
 Pupus: Selepas asteroid menghentam bumi, tsunami gergasi berlaku dan kebakaran global
 membunuh semua hidupan Bumi masa itu, termasuk dinosaur.

Teori mereka ialah, memandangkan Bumi ialah satu-satunya planet yang diketahui mempunyai kehidupan, ia sepatutnya juga merupakan satu-satunya planet yang mencipta dasar bagi planet-planet lain yang mampu menjadi tempat tinggal hidupan.

KESAN KAWAH CHIXCULUB

Lokasi impak asteroid Chixculub pada mulanya menjadi misteri selama bertahun-tahun,  tetapi misteri itu berjaya diselesaikan pada tahun 2010.

Beberapa klu bagi jawapan tersebut datang dari seorang ahli geofizik Glen Penfield pada 1970an apabila dia menemui beberapa anomali pada batu sebuah kawah berdekatan Semenanjung Mexican Yukatan.

Dia terkejut apabila mendapati anomali graviti dan batu kuarza apabila dia cuba mencari minyak di kawasan itu. Usia batu-batu ini didapati sampai ke tempoh Cretacous, yang  tarikhnya bermula 65 juta tahun dahulu.

Penemuan awal ini telah disahkan oleh sekumpulan 41 orang pakar yang bersetuju impak asteroid pada kawah Chixculub telah menyebabkan kepupusan total para dinosaur dan semua hidupan yang lain.

Berjuta-juta partikel yang berasal dari ‘Peristiwa Kawah Chixculub’ oleh itu, mempunyai kemungkinan besar sebagai poin permulaan bagi hidupan inter-galaktik yang lain.

Dua kawasan yang didapati berkemungkinan ialah bulan Jovian iaitu Europa dan Escalades, bulan Zuhal, walaupun mereka juga memikirkan kemungkinan bagi exo-planet yang mempunyai persekitaran seperti bumi yang terdapat di serata galaksi.

Laporan dari pasukan Hara mencadangkan kemungkinan adalah lebih besar bagi serpihan asteroid dari hentaman tersebut telah terapung ke ruang angkasa lepas berbanding di orbit-orbit planet dan bulan dalam sistem solar.

Salah sebuah ruang angkasa yang berkemungkinan menyimpan 1000 serpihan asteroid tersebut
ialah kawasan yang dipanggil Gliese 581. Kawasan itu dilihat sebagai ‘kerdil merah’ kerana
hawa panasnya, dan berada kira-kira 20 juta tahun cahaya dari Bumi.
 
 ‘Serpihan Bumi’ yang dikatakan itu, jika wujud, dijangka mengambil masa satu juta
tahun untuk sampai ke ruang tersebut.

 Sumber.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...