Seronoknya kalau boleh hargai orang sekeliling, ini cara simple yang boleh anda lakukan.

Hiburan

Seronoknya kalau boleh hargai orang sekeliling, ini cara simple yang boleh anda lakukan.

Hidup bermasyarakat yang berbilang bangsa di Malaysia sememangnya seronok dan menarik untuk anda terokai serta banggakan.

Tetapi ada masanya mesti timbul masalah antara satu sama lain. Kadang kala kita perlukan bantuan orang lain juga bila kita hadapi masalah kan? Siapa lagi yang nak tolong kita kalau bukan orang yang berada disekeliling ni.

Advertisement

Sebab tu penting untuk kita menghargai orang lain, bukan sahaja bagi hadiah yang mahal-mahal atau pujian yang melambung. Jadi kami akan kongsikan beberapa tips bagaimana untuk hargai orang sekeliling kita.

Ucapan terima kasih

1

Perkara paling mudah tapi tak semua orang akan buat dan mungkin ada juga yang terlupa. Walauun Nampak simple je tetapi sebenarnya ucapan terima kasih tu lah yang akan membuatkan orang yang membantu kita rasa sangatlah dihargai. Jadi mulai hari ini banyakkan senyuman da ucapan terima kasih setiap kali ada yang sudi membantu anda walaupun sekecil-kecil bantuan yang mereka berikan.

Jangan main gadget ketika berkumpul

2

Waktu bekumpul dan reunion adalah waktu yang menyeronokkan sebab kita boleh berjumpa dengan kawan-kawan atau keluarga yang dah lama tidak bersua. Masa itulah kita nak berkongsi cerita dan pengalaman masing-masing. Tetapi mesti ada antara kita yang sibuk dengan gadget masing-masing masa reunion tu kan? Ini perkara yang perlu dielakkan, luangkan masa dan berikan tumpuan sepenuhnya untuk kawan-kawan dan keluarga. Barulah mereka rasa kehadiran mereka sangatlah dihargai.

Tepati masa

3

Ini antara kelemahan ramai rakyat Malaysia. Mesti ada antara kawan kita yang selalu tak on time waktu nak berjumpa atau lepak sama-sama kan? Bila telefon, dia akan cakap on the way, tapi sebenarnya baru bangun tidur.

Sebenarnya, menepati masa juga salah satu cara paling kecil dan mudah untuk menghargai orang sekeliling kita tetapi boleh memberikan impak yang besar tau. Sebab itulah ada pepatah Melayu mengatakan masa itu emas, hargai lah masa anda dan masa orang lain.

Berkongsi antara satu sama lain

Sebagai rakyat Malaysia, amalan berkongsi antara satu sama lain memang patut diteruskan, Contohnya, ketika waktu perayaan memang tidak sah kalau kita tak bertukar juadah antara jiran tetangga. Itu semua dah menjadi satu tradisi. Bukan itu sahaja, kita juga selalu berkongsi perayaan, makanan dan budaya antara kaum. Rasanya semua orang rakyat Malaysia suka makan nasi lemak, roti canai dan yong tau fu. Itu sahaja dah menunjukkan yang kita menghargai antara satu sama lain.

Sama juga macam produk-produk F&N. Mesti semua orang di Malaysia boleh relate dengan produk-produk daripada F&N ni kan? Tipu lah kalau ada yang kata tidak pernah cuba minuman mereka yang sedap tu.

Bukan sahaja wajib ada pada setiap kali musim perayaan, produk-produk F&N juga boleh dijadikan sebagai buah tangan dan hadiah untuk menunjukkan yang kita hargai orang disekeliling.

F&N juga ada cara tersendiri untuk menghargai para pelanggan setia mereka. Sempena ulang tahun ke 135, F&N tengah cari pemenang bertuah untuk hadiah bernilai lebih RM 1.35 juta ,anda ke orangnya?

4

Apa hadiahnya?

Anda berpeluang memenangi hadiah utama berupa emas tulen 916 seberat 1.35KG bernilai RM 300,000 untuk seorang pemenang. Selain itu, F&N dengan baik hatinya ingin menghadiahkan kepada sembilan orang bertuah, syiling emas tulen 916 seberat 135g bernilai RM 30,000 setiap satu. Bukan itu sahaja, terdapat hadiah istimewa untuk anda, replica van vintaj F&N 135 tahun untuk 10,000 pemenang. Wow, bestnya!

Cara nak menang?

Caranya mudah sahaja, anda hanya perlu membeli mana-mana produk berjenama F&N yang mengambil bahagian, kemudian lengkapkan borang penyertaan dan sertakan sekali bukti pembelian. Mudah sahaja! Muat turun borang peraduan di sini untuk peluang memenangi hadiah-hadiah menarik tersebut.

Tunggu apa lagi, cepat beli produk-produk F&N sekarang dan anda mungkin menjadi pemenang bertuah yang F&N cari selama ini!



Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...