22 Ogos lepas Abang Nara telah dijemput oleh pihak Mamee untuk sama-sama meraikan majlis bebuka puasa bersama anak-anak yatim dari Rumah Amal Limpahan Kasih yang terletak di Puchong. Sampai-sampai je Abang Nara dah nampak khemah-khemah untuk sambutan berbuka dan anak-anak yatim yang lengkap berpakaian baju melayu serba ungu.
Macam biasa kalau dah kata majlis berbuka puasa, dah sah-sah lah ada makanan yang disediakan. Menu petang itu, kami semua dihidangkan dengan nasi lemak ayam, kuih-muih, buah-buahan dan yang paling best ada goodie beg dari pihak Mamee. Bangga Abang Nara melihat keprihatinan pihak Mamee yang jarang-jarang ditunjukkan oleh mana-mana syarikat korporat lain.
Rasa gembira dapat tengok anak-anak yang berselera berbuka puasa dengan juadah yang disediakan. Masa inilah Abang Nara terfikir betapa beruntungnya hidup Abang Nara dapat berbuka dengan selesa setiap hari. Bersyukur sangat-sangat rasanya.
Selesai acara berbuka dan solat Maghrib, kanak-kanak di sini diraikan dengan kehadiran maskot Mamee Monster yang menyampaikan goodie bag dan duit raya kepada anak-anak di sini. Terharu Abang Nara tengok anak-anak dekat sini teruja tengok maskot dan semestinya mereka semua ingin bergambar dengan maskot Mamee Monster. Kanak-kanak di sini juga semuanya mesra dan ramah walaupun baru pertama kali berjumpa. Abang Nara difahamkan anak-anak yang tinggal di sini adalah berumur antara 2 tahun sehingga sekolah menengah.
Dan anda semua tak perlu risau sebab kesemua produk Mamee seperti Mamee Monster, Mamee Instant Noodle, Mister Potato, Corntoz, Mamee Monster, Double Decker, Smax, Funkees, Cheers Asian Drink, Cheers Carbonated Drink, Fruit Nation, Liteyo Yogurt Drink dan Nutrigen ini telah disahkan HALAL oleh JAKIM. Kalau anda masih kurang yakin, sila pergi ke laman web JAKIM dan taip “PACIFIC FOOD PRODUCTS SDN BHDâ€. Daripada situ korang boleh tengok full list produk-produk Mamee yang diiktiraf halal oleh JAKIM. Bolehlah makan segala produk Mamee tanpa was-was lagi lepas ni.
Pada pendapat Abang Nara acara meraikan anak-anak yatim ini wajar diteruskan kerana selain kita menggembirakan anak-anak ini, ianya juga mengajar kita erti bersyukur. Terima kasih kepada pihak Mamee kerana memberikan peluang kepada Abang Nara meraikan majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim dari Rumah Amal Limpahan Kasih.
Jangan lupa ke Facebook Mamee Monster dan Mamee Sllrrrp untuk info yang best-best (ada banyak contest yang menarik).