Seronok Tunggang Gajah? Ketahui Sisi ‘Gelap’ Di Sebalik Aktiviti Popular Ini!

Gaya Hidup

Seronok Tunggang Gajah? Ketahui Sisi ‘Gelap’ Di Sebalik Aktiviti Popular Ini!

Baru-baru ini, negara dikejutkan dengan insiden seekor anak gajah jantan dilanggar oleh sebuah lori muatan ayam di Jalan Raya Timur–Barat (JRTB) Gerik–Jeli.

Kejadian ini bukan sahaja mengejutkan, malah menyayat hati, lebih-lebih lagi apabila ibu gajah tersebut hanya berdiri dan tidak berganjak dari lokasi anaknya mati dilanggar.

Advertisement

Insiden ini bukan sekadar mengajar kita mengenai kehilangan, tetapi juga memberi pengajaran yang mendalam bahawa haiwan juga mempunyai hati dan perasaan.

Susulan itu, aktiviti menunggang gajah yang sering dianggap sebagai salah satu tarikan pelancongan di negara-negara luar termasuk di Malaysia perlulah dihentikan.

‘Sisi gelap’ yang ramai tak tahu

Walaupun aktiviti menunggang gajah kelihatan menyeronokkan bagi pelancong, ia sebenarnya menyembunyikan sisi gelap yang sangat memberi kesan kepada kesihatan fizikal gajah.

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa aktiviti ini menanggung beban besar kepada haiwan-haiwan ini, terutama dalam jangka masa panjang.

sisi gelap aktiviti tunggang gajah

Di negara-negara seperti Thailand dan India, gajah digunakan secara meluas dalam industri pelancongan, di mana setiap tahun, ribuan pelancong membayar untuk pengalaman menaiki gajah, tanpa menyedari bahawa tindakan tersebut menyumbang kepada kecederaan dalaman yang serius.

Mengapa menunggang gajah boleh merosakkan kesihatan mereka?

Walaupun gajah memiliki tubuh yang besar dan kelihatan kuat, sebenarnya tulang belakang mereka sangat sensitif dan untuk info ramai, gajah berbeza dengan haiwan lain seperti kuda atau unta, kerana tulang belakang mereka mempunyai tonjolan tulang yang menjulur ke atas dari ruas tulangnya.

Apabila gajah dipaksa menanggung beban yang berat secara berterusan, tulang belakang mereka boleh melengkung secara tidak normal.

Keadaan ini boleh menyebabkan sendi kaki menjadi lemah, dan luka terbuka mula muncul pada bahagian belakang tubuh mereka, malah luka ini boleh menyebabkan jangkitan penyakit yang boleh menjejaskan kesihatan mereka secara keseluruhan.

sisi gelap aktiviti tunggang gajah

Tahukah anda bahawa gajah liar yang ditangkap pada usia muda akan melalui satu proses yang dikenali sebagai ‘phajaan’?

Phajaan adalah satu kaedah kejam yang digunakan untuk melatih gajah supaya patuh kepada arahan manusia. Proses ini melibatkan penyeksaan fizikal dan mental yang sangat berat terhadap haiwan ini.

Awan Berbentuk Gajah? Dr. Ahmad Kamil Tegur Orang Ramai Jangan Terjebak Dengan Unsur Khurafat
4 days ago

Awan Berbentuk Gajah? Dr. Ahmad Kamil Tegur Orang Ramai Jangan Terjebak Dengan Unsur Khurafat

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : The Dodo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...