Tak kira kemana destinasi percutian korang, tipulah kalau tak rasa excited untuk mencipta memori dan kenangan baru. Tapi seindah mana pun pemandangan atau selazat manapun makanan tempatan, semuanya boleh jadi hambar kalau perut mula meragam.
Tiba-tiba rasa sakit perut, kembung atau loya boleh terus tukar mood jadi serba tak kena. Makanan yang dulu kita teringin nak cuba, tiba-tiba rasa tak lalu. Plan nak berjalan satu hari penuh pun tergendala sebab tak selesa nak bergerak.
Kenapa Perut Selalu ‘Protes’ Bila Kita Sedang Travel?

Kredit: Pinterest
Rutin harian yang berubah selalunya jadi punca utama. Bila kita berjalan, jadual makan tak menentu. Kadang-kadang terlepas sarapan, kadang-kadang terlebih cuba macam-macam menu baru.
Campur pula dengan perubahan cuaca, perjalanan jauh dalam kenderaan atau badan yang dah penat tapi masih dipaksa aktif. Semua ni sebenarnya beri tekanan pada sistem penghadaman.
Akhirnya, badan mula bagi isyarat dalam bentuk perut yang memulas, rasa sebu atau angin yang terperangkap. Situasi ini mungkin nampak kecil, tapi cukup untuk kacau mood sepanjang hari.
Self-Care Hack: Sediakan ‘Travel Kit’ Untuk Perut Tak Buat Hal
Ramai yang bila travel, mereka akan pastikan bawa ubat sakit kepala, selesema atau batuk. Tapi jarang yang sediakan sesuatu khusus untuk perut.
Padahal itulah antara bahagian paling sensitif bila kita berada jauh dari rutin biasa. Apa kata lepas ni korang add Tolak Angin dalam senarai keperluan travel yang wajib ADA!
Tolak Angin- Travel Buddy Bila Perut Tak Okay
Sebelum ni kami pun tak kenal Tolak Angin ni, tapi lepas berkesempatan travel ke Indonesia dan mengalami episod perut tak selesa, Tolak Angin ni lah jadi penyelamat kami!
Kalau korang nak tau, Tolak Angin bukanlah ubat sebaliknya herba tradisional dalam bentuk sachet yang sangat praktikal.
Tak perlu dibancuh, tak perlu air, dan boleh terus diminum bila-bila masa diperlukan. Apa yang membezakan Tolak Angin ialah campuran bahan semula jadinya seperti halia, madu, cengkih dan daun pudina yang terkenal dengan khasiat meredakan masalah perut.
Ia membantu memberikan kelegaan 3-dalam-1 untuk sakit perut, kembung atau loya: simptom biasa yang sering muncul bila kita makan sesuatu yang badan tak biasa, atau bila terlalu banyak bergerak tanpa rehat yang cukup.
Rasanya pun tak terlalu kuat atau pelik, malah cukup lembut untuk diterima tekak, sesuai untuk semua: mak ayah, anak muda atau sesiapa saja yang perlukan kelegaan cepat tanpa perlu rasa seperti sedang ambil ubat.
Teksturnya yang mudah diserap juga menjadikannya pilihan ramai, terutama yang tak selesa ambil ubat berbentuk pil atau serbuk.
Jangan Lupa Simpan ‘Tolak Angin’ Dalam Beg Sebelum Terbang
Sebelum korang sibuk lipat baju dan semak semula checklist passport, ingat untuk selit beberapa sachet Tolak Angin dalam beg. Ia mungkin kelihatan kecil, tapi bila situasi tak dijangka berlaku, kehadirannya boleh buat perbezaan besar.
Dengan Tolak Angin, korang boleh lebih tenang untuk cuba makanan baru, teruskan aktiviti harian dan nikmati perjalanan tanpa perlu risau bila perut mula buat ‘hal’.
Tolak Angin boleh didapati di farmasi atau kedai serbaneka berhampiran. Untuk ketahui lebih lanjut tentang produk ini serta tip kesihatan semasa travel, anda boleh ikuti akaun rasmi Tolak Angin di Facebook dan Instagram.