Baru-baru ini, penyanyi berbakat besar iaitu Faizal Tahir telah mendapat perhatian orang ramai selepas memuat naik sebuah hantaran video di laman Instagram miliknya.
Menerusi hantaran tersebut, penyanyi berusia 44 tahun itu dilihat mengislamkan seorang mualaf dengan membantu individu tersebut mengucap dua kalimah syahadah.
Malah, apabila ditanya sama ada dia memasuki Islam dengan paksaan atau tidak, individu berkenaan mengakui bahawa dia memeluk agama Islam dengan kerelaan hati.
Meninjau di ruangan komen, tindakan murni aktivis kemanusiaan itu telah meraih pujian bukan sahaja daripada orang ramai, malah dalam kalangan rakan-rakan artis.
Bukan itu sahaja, rata-rata peminat turut meluahkan rasa bangga dan kagum terhadap usaha Faizal dalam memperjuangkan agama Islam.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
tecit
November 30, 2022 at 10:47 am
i would go to him too because he doesn’t care about how he should look. so it make us feels like our look wouldn’t be judged by him
SR
November 30, 2022 at 6:11 am
Alhamdulillah usaha yang murni, keep it up FT!
NK
November 30, 2022 at 6:10 am
Alhamdulillah good job Faizal Tahir!