“Seronok Persenda Kekurangan Orang lain?” – Lelaki Tiru Gelagat Anak Autism, Zarina Zainuddin Luah Rasa Terkilan

Hiburan

“Seronok Persenda Kekurangan Orang lain?” – Lelaki Tiru Gelagat Anak Autism, Zarina Zainuddin Luah Rasa Terkilan

Baru-baru ini, pelakon Zarina Zainuddin telah memuat naik sebuah hantaran video di laman Instagram memaparkan tindakan seorang lelaki yang meniru gelagat golongan autistik di TikTok.

Menerusi hantaran tersebut, Zarina meluahkan rasa tersinggung dan terkilan apabila individu berkenaan tergamak menghina anak istimewa.

Advertisement

Seperti yang ramai tahu, pelakon berusia 51 tahun itu mempunyai dua orang anak istimewa, Muhammad Razil Azrai dan kembarnya, Muhammad Adam Azrai yang juga menghidapi Autisme.

Saya nampak macam-macam video dalam TikTok. Seronok mempersendakan kekurangan orang lain.

Dalam pada itu, Zarina turut menyatakan keinginan untuk melihat anak istimewa yang lebih mesra disapa Azal dan Azil untuk terus bahagia dalam apa jua keadaan.

Walau bagaimana sekali keadaan anaknya kasih sayang tetap mengalir terus bagai air sungai yang mengalir selamanya.

Meninjau di ruangan komen, perkongsian video tersebut telah mengundang rasa marah orang ramai yang rata-ratanya mengecam tindakan lelaki berkenaan.

Bukan itu sahaja, ada juga segelintir netizen yang menyifatkan tindakan lelaki itu biadap dan tidak menghomati perasaan keluarga yang mempunyai anak-anak Autisme.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

1 year ago

"Bukan Mahram Tu, Walaupun Dah Buang An*" - Dapat Jumpa Di Sydney, Netizen Tegur Nourul & Sajat Mesra Sangat

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...