Seronok Buat #10YearChallenge? Jaga-Jaga, Mungkin Ada Yang ‘Mengintai’

Trending

Seronok Buat #10YearChallenge? Jaga-Jaga, Mungkin Ada Yang ‘Mengintai’

Trend terbaru #10YearChallenge kini sedang popular, ramai pengguna media sosial memuat naik foto perbandingan diri mereka 10 tahun lepas dengan sekarang.

Advertisement

Bukan sahaja menjadi ikutan netizen, malah beberapa selebriti antarabangsa dan tempatan juga turut tidak ketinggalan untuk menyahut cabaran itu.




Namun, tahukah anda disebalik rasa seronok memuat naik foto, anda sebenarnya mendedahkan diri anda kepada risiko yang agak besar?

Penulis Teknologi bagi laman web wired.com, Kate O’Neil  mendedahkan, trend ini mungkin sahaja dimanfaatkan oleh syarikat-syarikat mega media sosial untuk menguji algoritma teknologi pengenalan wajah. Dalam erti kata lain mereka sedang ‘mengintai’ anda untuk melombong data.

Sebagai pengguna media sosial, kita pula dengan percuma memberikan data untuk dieksploitasi oleh syarikat media sosial ini.


Lebih bahaya jika sesetengah pihak itu memanfaatkan trend itu untuk tujuan yang tidak baik. Contohnya ancaman siber ataupun kepada diri anda sendiri.




Adakah benar kita sudah merdeka daripada diperhambakan media sosial?

Sumber Berita : wired.com Asyraf Farique

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...