January 26th, 2016

Kecantikan gadis Asia tidak perlu dipertikaikan lagi. Secara jujur, Abang Nara lebih mudah jatuh cinta dengan gadis-gadis Asia berbanding gadis-gadis negara barat. Satu ketika dahulu ada awek negara Spain nak mengorat diri ini. Namun Abang Nara tolak mentah-mentah kerana diri ini telah jatuh cinta dengan isteri tercinta yang merupakan seorang gadis Melayu. Hehehe.

KATE tokyo

nie baru cikgu dah cun melecun, belum supermodel Melayu lagi

Jadi apakah ciri-ciri yang menyebabkan gadis Asia lebih cantik, menawan dan jelita berbanding gadis-gadis benua lain? Setelah membuat sedikit kajian, Abang Nara telah berjaya menjumpai jawapannya. Tak lain tak bukan, keunikan para gadis Asia terletak pada mata mereka. Yup mata, atau dalam bahasa omputihnya, eyes.

kate tokyo

tengok tue renungan mata Mia Ahmad, memukau beb!!!

Kata orang, dari mata turun ke hati. Sememangnya mata gadis Asia lebih bulat, besar dan bersinar-sinar. Bulu mata yang tebal serta panjang juga menambah daya tarikan. Itu belum kira kening mata. Mana nak jumpa gadis barat yang ada kening mata tebal? Gadis Asia je ada. Bila kena tenung dengan mata yang seperfect itu, memang cair dibuatnya.

kate tokyo

mata Che Ta yang telah mencairkan hati Zain Saidin

Apa yang menarik tentang mata ialah ada banyak cara yang boleh digunakan untuk mencantikkannya. Menurut wife Abang Nara, cara terbaik ialah dengan menggunakan KATE Digital Memory Eye Liner. Dengan “Digital Black Formula”nya, mata kita akan kelihatan lebih cantik, lebih besar dan lebih hitam apabila menggunakan eyeliner KATE ini. Berusnya yang super-fine flat memudahkan lagi proses mentatariaskan mata, sekaligus tampil lebih menawan. Paling best, ia boleh dibasuh bersih dengan air selepas selesai penggunaan. Harga cuma RM46 sahaja.

kate tokyo

Untuk makluman, KATE adalah jenama alat solek nombor 1 di Jepun dan ia dicipta khas untuk gadis Asia sejak tahun 1997 lagi. Ciri-ciri wajah gadis Asia memang berbeza dengan gadis barat. Kalau menggunakan alat solek yang tak bersesuaian, susah nak dapat hasil yang diimpikan. Memahami kesukaran ini, KATE tampil mengeluarkan alat solek yang boleh digunakan oleh seluruh gadis Asia dengan misi untuk mencantikkan lagi mereka.

kate tokyo

Selain daripada KATE Digital Memory Eye Liner, satu lagi produk KATE khas untuk menambahkan kecantikan mata para gadis Asia ialah KATE V Long Lash Maskara. Ini special untuk lentikkan lagi bulu mata. Confirm kalah bulu mata Rozita Che Wan. Siap boleh ada efek melengkung lagi. Memang makin cun lah mata anda. Mudah dibasuh dengan air panas selepas penggunaan, KATE V Long Lash Maskara ini dijual pada harga RM53 sahaja. Memang berbaloi-baloi sangat.
kate tokyo

Awesome kan? Itu baru bab mata je. Macam-macam lagi jenis alat solek yang dikeluarkan oleh KATE ini. Ada gincu, ada maskara, ada eyeliner dan macam-macam lagilah. Semuanya direka khas untuk gadis-gadis Asia. Kualiti dijamin, harga berpatutan dan confirm korang akan tampak lebih cun melecun bila menggunakannya. Wife Abang Nara dari dulu memang pengguna setia Kate. Katanya senang sangat nak guna. Sesuai untuk gadis Melayu macam dirinya.

Abang Nara percaya ramai pembaca BeautifulNara yang pernah menggunakan KATE. Kongsikan pengalaman korang di ruangan komen. Buat yang belum mencuba, Abang Nara sarankan pergi beli KATE Digital Memory Eye Liner atau KATE V Long Lash Maskara hari ini jugak. Confirm puas hati punya. Maklumat lanjut layari www.kanebo-my.net/kate dan www.facebook.com/KATEMalaysia


Comments are closed.

Loading...