Serlahkan Gaya Hidup Awesome Anda Dengan OPPO A91 Terbaru, Pelbagai Fungsi Mantap Dengan Harga Mampu Milik

Hiburan

Serlahkan Gaya Hidup Awesome Anda Dengan OPPO A91 Terbaru, Pelbagai Fungsi Mantap Dengan Harga Mampu Milik

OPPO jenama telefon pintar yang mempunyai kelas tersendiri dan sering menjadi pilihan utama pengguna. Berdasarkan komitmen berterusan OPPO dalam mencipta teknologi terbaik kepada pengguna, baru-baru ini OPPO secara eksklusif telah melancarkan OPPO A91 untuk pasaran tempatan.

Oppo A91

Advertisement

Telefon pintar ini hadir dengan spesifikasi pertengahan dan boleh dikatakan sebagai “telefon bajet” tetapi ia tetap mempunyai ciri-ciri mantap dan ditambahbaik dengan fungsi terkini yang sesuai untuk semua orang, pastinya membuatkan anda TIDAK menyesal apabila memilikinya.

Mereka begitu komited menghasilkan produk berkualiti pada harga mampu milik dengan teknologi terbaik.

Nak tahu apa yang best mengenai OPPO A91 terbaru ini? Mari kami beritahu.

Reka Bentuk Menawan

reka bentuk oppo

Rekaan telefon OPPO A91 ini minimalis, amat sesuai untuk semua generasi dan ia bakal membuatkan anda lebih teruja dengan pelbagai kelebihan yang menyeronokkan.

Oppo A91 AMOLED

Hadir dengan warna “Lightening Black”, OPPO A91 mempunyai ciri-ciri moden dilengkapi panel skrin Gorilla Glass 5 FHD+ AMOLED bersaiz 6.4 inci serta dan juga pengimbas cap jari dalam skrin. Selain itu, rekaannya juga memastikan ia mudah dipegang dan selesa untuk digunakan memberikan kepuasan kepada pengguna.

Quad Kamera

Biasalah, zaman sekarang ramai yang gemar berkongsi aktiviti harian mereka dan memuat naik foto di media sosial. Mestilah hendak menitikberatkan kualiti dan kreativiti terutama dalam penghasilan imej mahupun video, barulah dapat jumlah “likes” dan tontonan tinggi.

OPPO A91 boleh menjadikan foto anda lebih menarik dengan 4 lensa kamera di mana masing-masingnya mempunyai fungsi yang tersendiri seperti :-

Kamera 48MP Ultra Night Mode

Oppo Night Mode

Dilengkapi dengan kamera utama 48MP, ia membolehkan anda mengambil gambar pada waktu malam dengan jelas meskipun dalam keadaan cahaya yang terang atau gelap.

Penggunaan lensa luas Ultra Wide Angle Macro Lens akan menjadikan gambar ‘close up’ anda lebih cantik dan menarik. Dapat fokus kepada sesuatu objek dengan lebih tepat.

OPPO A91 juga dilengkapi dengan Mono Lens untuk mengambil gambar unik hitam putih serta Portrait Lens untuk gambar yang lebih profesional.

Lensa 8MP 119° Ultra Wide Angle Lens Yang Power

Lensa 8MP bersudut ultra lebar sehingga 119°, memberikan perspektif yang lebih luas dan mudah untuk mengambil gambar yang lebih besar walaupun hanya di sudut kecil.

Oppo Camera Lens

Foto anda juga akan lebih jelas dan kurang bunyi. Paling sesuai untuk digunakan pada gambar landscape serta “wefie”.

Bukan itu sahaja, ketika mod Ultra Wide Angle digunakan, anda boleh terus ubah kepada mod Macro menggunakan autofocus. Anda boleh menggunakannya ketika ingin mengambil gambar pada jarak dekat seperti foto makanan dan hasilnya akan lebih cantik.

Foto Potret Artistik & Profesional

Tanpa perlu menggunakan kamera DSLR, anda boleh mengambil gambar cantik dan setaraf profesional dengan lensa potret 2MP OPPO A91.

Bagi anda yang mempunyai jiwa “old school” dan sukakan sesuatu yang lebih unik, OPPO A91 juga mempunyai lensa mono 2MP, menghasilkan foto retro hitam putih yang jelas dan berkualiti tinggi.

Video Lebih Stabil

Bukan sekadar untuk rakaman gambar sahaja, telefon pintar OPPO A91 juga menyokong untuk membuat rakaman video yang stabil.

Anda boleh abadikan segala detik-detik istimewa ketika melakukan sebarang aktiviti dalam bentuk video tanpa sebarang gegaran kerana ia dilengkapi dengan Electronic Image Stabilization (EIS) dan Optical Image Stabilization (OIS). Membolehkan video anda dirakam dengan lebih jelas, kualitinya memang terbaik.

Memori 8GB + 128GB

Diperkasa dengan storan 8GB RAM+128GB ROM prestasi tinggi, OPPO A91 dibina untuk pengguna yang sememangnya amat memerlukan ruang penyimpanan data, gambar mahupun video yang besar.

Oppo A91 Ram

Boleh ambil gambar selfie sepuas hati tanpa risau storan penuh dan download permainan video tanpa perlu risau ‘memory’ akan penuh. OPPO A91 juga mempunyai 3 slot kad untuk penggunaan dual sim kad dan microSD.

VOOC Flash Charge 3.0

VOOC Flash Charge 3.0

VOOC Flash Charge 3.0 boleh mengekalkan kepantasan mengecas OPPO A91 pada kadar tinggi dengan selamat. Lebih menarik, masa untuk pengecasan penuh adalah 20 minit lebih pantas berbanding dahulu. Hebat kan?

Tunggu Apa Lagi? Jom Beli Sekarang

Mesti dah teruja kan? Apa tunggu lagi jom miliki OPPO A91 pada harga RM999 sahaja, sangat berbaloi dengan spesifikasi mantap.

oppo lazada exclusive deal

Menerusi promosi Chup Dulu bermula dari 18 hingga 26 Mac 2020, pra-tempahan OPPO A91 di Lazada akan turut menerima rebat segera RM100 dan juga beg eksklusif OPPO secara percuma.

Untuk ‘chup’ barangan itu, anda perlu membayar deposit sebanyak 10 % (non-refundable) melalui aplikasi Lazada pada tarikh berkenaan dan “check out”

Kemudian bayar baki yang perlu pada 27 Mac dan barang akan terus dihantarkan.

oppo lazada birthday sale

Anda boleh membuat tempahan di Lazada. Jangan lengahkan masa lagi jom buat tempahan sekarang. Serlahkan gaya anda hari ini juga dengan OPPO A91.

Maklumat lanjut tentang smartphone awesome ini boleh layari laman web rasmi OPPO.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...