Serlahkan Gaya Anda Dengan Komputer Riba Terkemuka, HUAWEI MateBook X Pro

Teknologi

Serlahkan Gaya Anda Dengan Komputer Riba Terkemuka, HUAWEI MateBook X Pro

Fungsi sebuah komputer riba adalah menjadi peneman setia digital kepada kita tanpa mengira waktu dan lokasi. Diperkenalkan pada tahun 2018 di Barcelona Mobile World Congress, HUAWEI MateBook X Pro yang dilancarkan pada Mei 2020 mempunyai rekabentuk premium, prestasi mantap serta kepintaran maksimum yang belum pernah ada pada komputer riba lain. Ia bakal membuatkan anda lebih menyerlah dengan kenipisan, keringanan dan pelbagai fungsi yang akan membantu anda menjadi seorang “content creator” paling bergaya.

huawei matebook x pro

Advertisement

Pilihan Warna Yang Memukau

huawei matebook x pro

HUAWEI Matebook X Pro hadir dengan 2 pilihan warna yang boleh disesuaikan dengan gaya dan pilihan anda. Warna Space Grey adalah sempurna untuk mereka yang “minimalist”, yang suka untuk “keep it simple” dan paling penting, mempunyai “cool shade” yang boleh dipadankan dengan kesemua pakaian, beg tote dan ruang kerja anda.

huawei matebook x pro

Untuk anda yang ingin menyerlah dan gemar menjadi tumpuan apabila berada di khalayak ramai, warna Emerald Green adalah pilihan paling sesuai. Dengan tulisan “HUAWEI” berwarna emas di bahagian hadapan HUAWEI MateBook X Pro ini, anda pasti kelihatan lebih yakin, bergaya dan sempurna apabila tampil membuat pembentangan di hadapan rakan sekerja.

Mudah Alih Untuk Mereka Yang Profesional

huawei matebook x pro

Satu benda yang amat melecehkan buat mereka yang bekerja secara nomad ialah komputer riba yang berat dan besar sampai sakit bahu dibuatnya. Nak bukak letak atas meja pun malu. Dengan HUAWEI MateBook X Pro yang senipis 14.66mm dan seberat 1.33kg, anda boleh membawanya ke mana-mana dengan hanya memasukkannya ke dalam tote beg atau beg kulit anda. Tak payah nak usung beg laptop ke sana ke sini. Barulah bangga dan tampak lebih bergaya apabila ia menemani anda ke mesyuarat, perjumpaan dan aktiviti luar.

huawei matebook x pro

Paparan Skrin Yang Memukau

Tahukah anda bahawa HUAWEI MateBook X Pro mempunyai paparan Ultra FullView dengan 91% screen-to-body ratio? Dengan bezel nipis di sisi, komputer riba hadir dengan aspek paparan skrin 3:2, sekaligus menjadikan ia lebih sesuai untuk produktiviti seorang “content creator”. Sama ada anda nak sunting vlog terbaru, video TikTok atau story Instagram anda, kesemuanya boleh dilakukan dengan lebih jelas.

Last but not least, skrin 13.9 inci LTPS ini turut sama menyokong resolusi sehingga 3K dan mempunyai fungsi “touch screen”. Senanglah sikit nak scroll album-album gambar lama, nak patah balik tengok video yang sedang disunting atau nak tonton drama Kpop bersama keluarga tercinta.

Kekal Tenang & Teruskan Mencipta Sesuatu

huawei matebook x

Dengan bateri sebesar 56Wh serta pilihan penjimatan tenaga (power-saving modes) HUAWEI MateBook X Pro memang teman sempurna untuk para influencer, pencipta content dan livestreamers yang perlu sentiasa online sepanjang hari tanpa perlu risau kehabisan tenaga.

huawei matebook x

Lagi best, pengecas 65W Type-C adalah sangat kecil, ringan dan boleh dibawa ke mana-mana tanpa memberatkan beg anda. Selain MateBook X Pro, ia turut boleh digunakan untuk mengecas telefon pintar anda.

MateBook X Pro juga dilengkapi dengan teknologi EMUI10 HUAWEI yang mempunyai fungsi HUAWEI Share dan Multi-screen Collaboration di mana ada boleh menghubungkan telefon pintar anda ke komputer riba dengan lancar. Kedua-dua skrin kemudian boleh dikendalikan pada MateBook X Pro, dan anda boleh memindahkan foto, video, fail dan banyak lagi. Skrin sentuh 3K HUAWEI MateBook X Pro juga membolehkan anda membuat penyunting dan menyiapkan kerja penting dengan lebih cekap dan pantas.

Tambahan pula, dengan CPU Intel Core generasi ke-10, i7-10510U, ini akan memastikan prestasi atau bak kata orang “kelajuan” akan konsisten. Baru la sedap nak pakai laptop kalau processor pun laju kan.

TikTok dance challenges

Jangan lupa untuk menggunakan aksesori seperti papan kekunci, kamera, microphone dan tetikus di HUAWEI MateBook X Pro anda untuk menghasilkan video TikTok yang lebih mantap, kelakar dan viral!.

Harga & Bila Boleh Beli?

HUAWEI turut menyambut bulan Ramadhan dengan promosi “HUAWEI Dihati” yang bakal berakhir pada 7 Jun kelak. Para pelanggan bakal membawa pulang hadiah PERCUMA bernilai sehingga RM1,700 termasuk aksesori HUAWEI, voucher Baskin Robbins, The Chicken Rice Shop, TeaLive dan diskaun ekslusif. Selain itu, para pelanggan juga berpeluang memenangi hadiah menarik menerusi “lucky draw” seperti MateBook X Pro, HUAWEI Watch GT, HUAWEI 369 Camera serta HUAWEI SoundStone Bluetooth Speaker.

Maklumat lanjut layari Online Store Huawei untuk melihat kesemua promosi.

HUAWEI Matebook X Pro kini boleh dimiliki di HUAWEI Store di dalam warna Space Grey dan Emerald Green pada harga RM7,999. Dengan setiap pembelian komputer riba ini, pelanggan akan menerima HUAWEI Sound X secara PERCUMA (harga jualan: RM1,299) dan pelbagai hadiah lain sementara stok masih ada.

BACA : Aidilfitri Ini, Layan Lagu Raya Bersama Keluarga Di Mana dan Bila-Bila Sahaja Dengan Huawei Sound X Serba Baharu

huawei matebook x

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...